Hola   ♥ Kekadang dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan kita sering memikirkan cara untuk mengatasinya. Ambik senanglah yer... Sebaga...

Kalau nak kurus... Senang jer!

/
4 Comments


Hola 
Kekadang dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan kita sering memikirkan cara untuk mengatasinya. Ambik senanglah yer... Sebagai contoh dalam proses hendak menguruskan badan. Macam-macam produk kita beli. Betul tak?

Sanggup wooo habiskan gaji sebulan yang kita dapat...

Sebaliknya, pernah ke tidak kita fikirkan tentang tabiat kita seharian. Kalau nak tau itulah penyumbang kepada permasalahan yang kita hadapi. Bagaimana?

Caranya sebagai contohlah yer... Kita langsung tak kisah pun pasal kandungan nutrisi yang terdapat dalam makanan kita. Tak tengok pun kat label... Rendah lemak ke... Tinggi lemak ke, semua main bantai jer. Janji nafsu makan dipenuhi. Ada aku kisah...

Sumber gambar adalah daripada dailysylvia.com 28/11/2012

Bagi Fiza lah kan... Ada betul nyer apa yang diperkatakan di artikel  [ Periksa Label makanan boleh kurus ]. Dengan memeriksa label yang terdapat pada makanan, sudah pasti kita dapat mengawal nutrisi yang kita ambik dalam pemakanan seharian kita. Taklah main bantai jer... Yelah! Kat label makanan, semuanya dah tersedia jumlah hidangan dan nilai setiap nutrisi... Tinggal kita nak pilih jer. 

Senang jer kan... Amalkan budaya rajin melihat label pada produk, nescaya ia dapat membantu kita mengurangkan berat badan, walaupun mungkin ada yang beranggapan cara ini hanya menyusahkan ataupun buang masa jer. Right!

Tapi bagi yang ada duit lebih, boleh juga menggunakan kaedah [ Pakai Premium Beautiful ]. Tapi, kalau sayang dengan duit cara [ Berubah dalam pelbagai amalan ] pun ok jugak... 

Banyak sebenarnya cara untuk kurangkan berat badan. Janji kita rajin cari kat google dan praktikkan. Ada yang perlukan duit, ada yang tidak... Bagi yang malas bersenam pun ada caranya. Macam [ Bakar kalori tanpa bersenam ] dan [ Amalan minum 5 jenis minuman ].

Kesimpulannya, untuk memperbaiki mutu kehidupan kita... Kita hendaklah sentiasa mencari jalan menuju ke arah kebaikan. Jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam. Andainya kita merasakan semalam lebih baik daripada hari ini... Maka, tergolonglah kita dalam golongan orang-orang yang rugi.

Semoga info ini memberi manfaat kepada semua :)

Thanks yer pada  yang sudi baca entri ini...

Nota Kaki : Fiza kalau nak cepat, kekadang takdenye nak baca label bagai. Hehe... Main rembat jer.





ARTIKEL LAIN DI SINI

4 comments:

  1. sangat jarang baca label...melainkan kalau makanan yang jarang beli

    ReplyDelete
  2. @Fendy... Tu lah. Cuma, Fiza kalau tanda HALAL WAJIB tengok :)

    ReplyDelete
  3. saya kalau barang tu baru nak di beli... saya akan tgk label... tapi kalau dah biasa mmg tak tgk dah... tapi berangan nak kurus... hahaha

    ReplyDelete
  4. @Nora Karim... Kadang2 berangan pun boleh jadi kenyataan. Insyaallah :)

    ReplyDelete