Hola   ♥ Nak seribu daya, tak nak seribu dalih ... Itulah perumpamaan yang tepat untuk dilabelkan kepada sikap kita sebagai manusia ...

Wah! Nak PB satu... Hehe.

/
0 Comments



Hola 


Nak seribu daya, tak nak seribu dalih... Itulah perumpamaan yang tepat untuk dilabelkan kepada sikap kita sebagai manusia terutamanya untuk merubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Bercakap mengenai perubahan, tetiba aku terfikir mengenai bagaimana nak kuruskan badan?. Bukan aku tapi hubby

Sejak akhir-akhir ni dok sibuk sana-sini bercakap pasal PB. Apa itu PB? Aduh! Dalam hati aku, aku ketinggalan info ke... Mulalah aku mencari info. Mana tau, aku gak memerlukannya. Hehe... ( Al-maklum jelah hubby kita sedang dalam proses menguruskan badan sekarang ni ).

Sumber Gambar adalah daripada salhazain.com

Rupa-rupanya PB adalah singkatan kepada Premium Beautiful Corset. Salah satu alternatif untuk menguruskan badan terutamanya kepada kaum hawa. Ia memang famous sekarang ni tau di Malaysia. Haha... Siannya aku, baru tahu :( . Daripada bahan yang aku baca, Premium Beautiful corset ni dikatakan membawa banyak kebaikan dan di antaranya adalah seperti berikut :-


  • Mengelakkan bengkak susu
  • Mengelakkan payudara berdarah
  • Menyokong payudara, bagi payudara yang lebih besar, mampu mengelakkan dari payudara menjadi soggy/jatuh.
  • Menggalakkan pertumbuhan payudara yang kecil
  • Meransang pengeluaran susu ibu
  • Mengelakkan gastrik
  • Menyelaraskan lemak di bahagian belakang badan, turut mengatasi masalah berbadan besar.
  • Menyokong tulang belakang "slip disk"
  • Memecahkan batu karang kecil
  • Mengempiskan perut
  • Menghilangkan 'stretch mark'
  • Membentuk pinggang / Memberi shape
  • Elok untuk mencegah demam kuning / Demam bagi kanak2/dewasa
  • Mengubat lenguh kaki
  • Menyokong rahim selepas melahirkan anak
  • Menstabilkan hormon
  • Mengurangkan senggugut
  • Membantu perlekatan janin / susah untuk mendapatkan anak
  • Mencantikkan punggung
  • Mengurangkan keputihan


Mak aiii... Banyak betul kebaikan PB. 

Kebaikan itu bukan aku yang kata tetapi orang-orang yang telah menggunakannya. Tapi kan... Pada aku lah kan... Ia tidak akan berhasil andai kita tak konsisten menggunakannya, dan itulah keburukannya. Duit pun terbuang begitu sahaja... Tapi, bagi mereka yang mewah. Duit bukan jadi masalah pun kan...

Apa-apa pun, sebelum membeli baik fikir dulu dan survey sampai puas hati. Kang tak pasal-pasal kena tipu. Al-maklum jelah dunia sekarang. Kalau sesuatu produk tu popular... Mulalah terdapat keluaran lain yang hampir sama dengan yang ori. Tapi kesan dia hampeh... Langsung tarak.. Jangan sampai kena tipu dah lah yer. Beringat sebelum kena. Itu yang penting. Hehe...

Rasa-rasa nak gak satu PB... Hehe. Nantilah fikirkan :)





ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: