Assalamu'alaikum, hai...
Rasa lega kerana dapat kembali meneruskan hobi dunia blogging. Alhamdulillah... Kita terus kepada tajuk ek!

Actually... Bila bertudung. Perkara utama yang perlu dijaga adalah rambut. Andai diabaikan... Pasti mengundang pelbagai masalah. Aku setuju dengan statement tersebut. Mungkin disebabkan leceh nak kena jaga rambut... Jadinya, maybe ada yang berfikir banyak kali untuk berniat hendak bertudung. Mungkinla kan. Namun... Itu hanyalah andaian aku semata-mata. Apa-apa pun sebabnya, pilihan di tangan kita. Siapalah kita untuk tentukan pahala dan dosa mereka yang tak bertudung... Sedangkan, yang bertudung pun ada yang melakukan perkara dilarang agama. Ye tak? Na'uzubillah... Kita sudah cukup besar untuk menilai yang mana baik, yang mana buruk... 

Gambar daripada Majalah Wanita

Bukan pahala atau dosa yang nak aku kongsikan sebenarnya... Tapi, tentang penjagaan rambut untuk wanita yang bertudung. Dulu... Aku tak kisah sebenarnya pasal rambut.Lepas mandi. Lap kejap rambut terus pakai tudung... Tanpa menunggu rambut kering. Jadinya... Timbullah masalah keguguran rambut even aku tak pernah tukar syampu. Biasalah... Pengguna tegar jenama pantene tau. Hehe...

Tapi, selepas membaca beberapa tips di majalah wanita, bagaimana untuk menjaga rambut bagi yang bertudung. Aku pun mencubanya... Even, dah tahu sebenarnya tips tersebut. Cuma tak prihatin. Biasalah... Aku ni wanita sempoi, bukan skema. So, banyak benda aku skip. Haha...

Mudah je caranya... First, kenalah guna syampu yang sesuai dengan rambut kita. Kemudian, lepas mandi... Keringkan dulu rambut. Bila dah kering. Barulah... Boleh pakai tudung.

Part bersyampu pulak. Janganlah terlalu kerap... Seperti pernah aku share DI SINI, hanya 3 kali dalam seminggu je... Kalau nak rambut sihat dan lebat. 

Lastly, buat urutan kepala sekurang-kurangnya seminggu sekali. 5 minit pun takpe. Janji buat. Biasanya kan... Aku urut time mandi. Lepas letak syampu tu aku terus urut sampai lebih kurang 5 minit. Lega rasanya. Hehe...

Mudah kan... Tapi, yang mudah tula... Kita jarang nak buat. Semua nak cepat. Betul tak?

Oh! Ya... Pada yang sudi singgah, terima kasih yer. Banyak betul hutang melawat blog aku belum buat. Tunggu tau. Hehe...