Back to Top

12 March 2013

:: Laptop untuk bayi ::



Assalamu'alaikum...


Rasanya dah 3 bulan aku belikan laptop ni untuk Alia. Baru sekarang terfikir nak kongsikannya kebaikannya. Mestilah nak tengok dan lihat keberkesanannya dulu kan. Baru boleh bagi feedback. Oh! ya... Harganya murah jer. Boleh mampu milik... RM26.60. Suka nombor ni... Tarikh lahir aku... 26.6... Haha. Siap bagitau tarikh lahir lagi. Ambik kau!

Berbalik pasal laptop tersebut. Kalau tak kerana laptop tu dan buku. Takdenya Alia reti nak sebut car. Apa yang menarik pada mainan ala-ala laptop ni? Antara yang menarik, ialah :-

~ Tak perlu charge. Guna bateri jer.
~ Gambar yang menarik dan ada sound bila ditekan
~ Dalam 2 versi. English dan Arab.

Sungguh menarik. Siap ada lagu lagi. Alia cukup suka main laptop ni. Contohla ek! Kalau ditekan A... ia akan keluarkan suara yang menyebut huruf A. Begitu jugak dengan nombor. Ejaan pun ada. 

Itulah rahsia Alia reti sebut car. Walaupun sepatah Alia sebut. Ia tetap bermakna bagi aku. Kira membantulah jugak laptop ni...

Entri ringkas dari aku.

Sekian...


3 comments:

  1. Salam dear,
    Dah lama I cari toys ala laptop ni, belum jumpa harga yg ok. Setakat nak bagi anak main kejap2 takder la nak pay beratus.
    Berbaloi kan this thing.

    ReplyDelete
  2. @Nastyna~ Yup! Bagi saya memang berbaloi. Lagipun rasanya x perlu nak bagi mainan beratus ringgit. Kalau baya Alia lagilah. Lasak dan suka mencampak. Kan sayang kalau rosak.

    Kalau murah dan bagus. Apa salahnya kan...

    ReplyDelete
  3. kt malaysia ni mmg byk pilihan laptop n ipad utk kanak2.bagus utk mengasah minda dan perkenalkan huruf serta sebutan.mesti alia cpt pandai nti sbb dr kecik fiza dh beli benda ni

    ReplyDelete