Assalamualaikum... Kali ini aku sekali lagi ingin berkongsi cerita tentang Alia. Perkongsian ini bukanlah untuk menunjuk atau riak ... J...

~ Ajar! Tapi tak paksa?

/
2 Comments


Assalamualaikum...
Kali ini aku sekali lagi ingin berkongsi cerita tentang Alia. Perkongsian ini bukanlah untuk menunjuk atau riak... Jauh sekali. Sekadar catatan, hadiah buat Alia bila besar nanti... Untuk dibaca bila ada kelapangan (*** kalau blog ni tak kena delete la. Tapi... Still ada softcopy. Aku simpan bebaik lol***).

Alhamdulillah! Sekarang semenjak Alia dah macam faham apa yang aku cakap ( tu mengikut pemerhatian aku lah kan...).... Aku mula mengajar Alia mengenali binatang, buah-buahan, huruf dan jugak bunyi-bunyian. Hehe... Setiap hari akan ada satu benda akan aku ajar Alia. Tak nak paksa dia... Kang jemu pulak nanti kan...

Sekarang Alia dah reti sebut car dan kenal bila aku sebut kereta. Maknanya dia tau car dan kereta tu benda yang sama. Alia gak akan tunjuk setiap apa yang aku tanya... Dia dah kenal buah pisang, durian dan rambutan sekarang. Selain tu gak, Alia dah kenal gajah, lizard, ayam, fish, semut, bird, basikal, motosikal, pokok dan jugak huruf A. Ada banyak gak la yang dia dah kenali.

Alhamdulillah! Masa paling aku suka ajar dia ialah masa makan. Mesti habis punya... Berselera sungguh makan sambil bermain dengan buku. Pastu pulak bila aku kata tahniah! Yeyyy... Nasi Alia dah habis. Automatik dia akan tepuk tangan. Mengada betul. Betul lah kata kebanyakkan orang... Bayi cepat belajar. Aku pulak seronok tengok.



Lagi satu untuk lebih seronok... Ayah Alia belikan buah-buahan plastik untuk Alia kenal dan pegang.... Kalau dia dah mula bermain, habis buah tu bersepah.... Hurmmm... Aku rasa cukup kot perkongsian cerita aku untuk kali ni...

Sekian... Tu antara first input yang aku bagi kat Alia. Pasal Agama pulak... Lain entri akan aku ceritakan yer. Orait! Wassalam...

Nota kaki : Si comel ( En. Hussien selalu kata bukan aku )... Yang semakin lasak sekarang ada satu peel yang pelik. Bangun jer dari tidur mesti cari buku...



ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. bagus alia ni..nmpk bijak.perkembangan dia pun bagus.kecik2 lg dh suka dengan buku..

    ReplyDelete
  2. waaa..bgusnya alia..good girl.. :)

    *tingin nya nak ada ank sndiri cpat2..hehehe :p

    ReplyDelete