Hola,

Selamat Pagi semua... Dah minum belum? Haaaa... Jangan lupa isi perut sebelum buat kerja... Kang lapar... Bila dah lapar, kerja pun tak menentu... Nanti tak pasal-pasal kena marah... Ye tak?

Bercakap pasal kerja... Sudah pastinya tidak lari daripada memakai kasut bertumit tinggi bukan... Terutamanya bagi wanita.

So, Entri kali ini akan menceritakan mengenai sedikit info tentang kesan memakai kasut tumit tinggi...

Haaa... Siapa pakai kasut tumit tinggi? Angkat tangan... Ahakss.
Yes! Seperti yang kita ketahui... Kasut bertumit tinggi membuatkan penampilan kita akan tampak lebih profesional, tetapi di sebaliknya ia mempunyai keburukan sekiranya kita kerap memakainya di mana ia menjadi penyumbang kepada masalah kaki kita.

Contohnya, kasut yang sempit atau runcing di bahagian depan menyebabkan kaki dipaksa muat pada bahagian tersebut sehingga ia menekan bahagian dalam kasut. Selain itu, kasut tumit tinggi berterusan juga boleh menyebabkan sakit tulang belakang menurut beberapa kajian yang telah dijalankan...

Tapi bagi saya lah kan... Sebelum pikir pasal sakit, terlebih dahulu saya terfikir... Tak takut terpelecok ker... Ahakksss...

Tapi sebenarnya saya pun pakai... Namun tak lah setinggi mana... Kerana menurut kajian juga, kasut tumit tinggi boleh mengundang risiko asteoarthritis di bahagian lutut... Wah! sepertinya sama macam kita berbasikal selama lebih daripada 30 minit ( link ).

Hurmmm, namun kita still boleh pakai... kang bankrup pulak apek jual kasut... Heeee.

Sebaiknya, pilih kasut yang mendatar atau bertumit rendah sekitar 2 - 4 sentimeter dengan bahagian depan bersegi atau tidak terlalu runcing.

Sekiranya, terpaksa pakai jugak... Curi masa seketika untuk menanggalkan kasut bagi membolehkan kaki bernafas buat seketika...

Hurmmm... Fikir-fikirkan lah yer, jangan kerana nak bergaya... Badan jadi mangsa...

Thanks kepada yang sudi membaca entri ini...

:: Sumber Gambar : Google ::