Pilihan warna yang menarik | Alhamdulillah, ada jugak yang sudi menempah kasut kait dengan aku. Tapi takdelah banyak sangat... Sekadar m...

Pilihan Warna Yang Menarik

/
1 Comments

Pilihan warna yang menarik | Alhamdulillah, ada jugak yang sudi menempah kasut kait dengan aku. Tapi takdelah banyak sangat... Sekadar memenuhi masa terluang tu... Adalah.

Alhamdulillah, dua hari lepas ada customer dari Kuching WhatApp kat adik... Kata nak tempah kasut kait ikut warna dan pattern pilihan dia. Boleh ke?

Kenapa pulak tak boleh kan...

So, warna yang dia pilih... pink and gray. Sangat menarik bila digabungkan. Nak-nak untuk kasut baby girl. Memang tepatlah pilihan dia. Manakala pattern pilihan dia pulak adalah seperti berikut.


Dan... Semalam, alhamdulillah... Dah siap. Pattern simple je pun. Just aku add on button mickey mouse je pun untuk bagi kelainan. So, takdelah ciplak 100% that idea kan. Harga pulak... Murah je. RM25 TIDAK TERMASUK POSTAGE. Tapi if banyak aksesori... Lainlah pulak harganya. Hehe...



#kasutkaitmurah




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: