Assalamu'alaikum, hai... Permainan tenggelam timbul | Semalam hujan lebat belah petang dan disertai kilat sabung-menyabung... Di ...

Permainan Tenggelam Timbul

/
0 Comments

Assalamu'alaikum, hai...

Permainan tenggelam timbul | Semalam hujan lebat belah petang dan disertai kilat sabung-menyabung... Di selang-seli pula dengan bunyi guruh berdentam-dentum... Membuatkan Alia dan Ain tak nak berenggang dari aku. Ke hulu, ke hilir... Asyik bersama, seperti anak ayam mengikut ibunya pulak dah.


Tetiba terfikir pulak nak buat satu aktiviti berfaedah untuk anak-anak. Aktiviti bermain sambil belajar... Yang mana aku namakan permainan tenggelam timbul. Bahan yang digunakan untuk aktiviti tersebut jugak hanyalah menggunakan bahan yang terdapat di rumah seperti bekas berisi air, lima ke 10 benda seperti alat mainan, getah rambut, paku, sudu dan sebagainya. Permainannya cukup ringkas selain daripada aktiviti padan dan sesuaikan bentuk...  Sesuai untuk kanak-kanak umur empatlima tahun.

Apa yang perlu dalam permainan tersebut ialah... Pertama, masukkan benda dalam bekas berisi air... Contohnya, masukkan sebiji bongkak dan seterusnya satu persatu benda lain... Then, Tugas Alia hanyalah mengenalpasti benda yang mana satu tenggelam dan yang mana satu timbul. Tak sangka... Alia dah tahu bezakan maksud tenggelam dan timbul. 10 barang yang aku masukkan... Semuanya dia berjaya klasifikasikan. Alhamdulillah...

Tapi Ain yang still blur dengan maksud permainan yang dimainkan oleh kakaknya... Tetap nak ikut main sama. Walaupun masih tak tahu nak klasifikasikan yang mana tenggelam dan yang mana timbul... Aku perkenalkan saja nama benda yang dimasukkan ke dalam bekas pada Ain... Sambil tu, boleh kenalkan warna jugak pada dia. So, takdelah Ain rasa tersisih.

Kemain seronok dorang main... Sampaikan tak nak berenti. Siap si kakak suruh buat permainan lain lagi. Dah ada dah idea nak buat Magnetic Sensory Bottle... Tapi, tengoklah nanti bila nak buat. Bila tengok anak-anak happy dengan aktiviti homeschool yang aku sediakan... Aku menjadi bersemangat nak cari idea untuk homeschool dorang. Semoga semangat itu tak luntur di tengah jalan.




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: