Alia terkena hfmd | Lagi entri tersimpan lama di dalam draf. Huhu... Kisahnya bermula tiga minggu lepas. Tetiba Alia demam malam. Ing...

Alia Terkena HFMD

/
0 Comments


Alia terkena hfmd | Lagi entri tersimpan lama di dalam draf. Huhu... Kisahnya bermula tiga minggu lepas. Tetiba Alia demam malam. Ingatkan demam biasa. So takdelah nak check kaki, tangan dan mulut. Namun, menjelang maghrib... Panas badan Alia naik. Takut apa-apa berlaku, aku ajaklah encik suami bawak Alia ke klinik 1 Malaysia Betong, meredah hujan malam... Sebab kat rumah pun takde ubat demam. Tau jelah... Aku tak suka sangat sogok anak-anak dengan ubat. Huhu...

Sampai je klinik... Around jam 8 malam gitu... Alia orang kelima yang akan jumpa doktor. Sebaik je aku cakap demam dengan doktor... Terus dia check mulut, tangan dan kaki Alia... Mulanya before ke klinik... Memang encik suami dah suspect Alia terkena hfmd. Tapi... Kami malas nak fikirkan. Bila doktor dah sahkan... Kenalah terima hakikat dan mengambil langkah-langkah penjagaan kanak-kanak yang terkena hfmd. Alia hanya dibekalkan ubat demam dan batuk. Takde stock bonjela. So, encik suami pergi membeli di farmasi berdekatan. Selain tu... Doktor jugak bagitau... Nanti skuad jabatan kesihatan datang rumah untuk buat survey. In Shaa Allah, lain entri akan aku kongsikan kisahnya... ok!.


Nasib baik baru hari kedua... So, lepuh-lepuh di tangan, kaki dan mulut Alia takdelah banyak sangat. Mulai malam tu... Alia start aku jaga sendiri. Elak dia daripada bermain dengan Ain dan sepupunya. Pakaian Alia... Diasingkan daripada pakaian orang lain. Direndam dengan air panas dan dicuci dengan dettol. Part makan... Tiada perkongsian sudu, gelas dan pinggan di antara Alia dan Ain. Huhu... Sian pulak aku tengok. Seperti dipulaukan. Kebiasaannya, Alia suka suapkan adik Ain. Bila doktor kata dia tak boleh berkongsi buat sementara... Dia akur. Alia jugak tidak dibenarkan keluar rumah buat sementara. Siannya dia... Then, sebelum makan kenalah cuci tangan. Alat mainan dorang terpaksa aku sorokkan buat sementara waktu. Dah seminggu hujan... So, nak cuci mainan dorang pun tak boleh. Biasanya kena cuci dengan clorox... Then, dijemur sampai kering. Biasalah budak... Takde mainan... Habis remote, sofa dorang buat main. 

Alhamdulillah... Seminggu lepas tu, Alia dah pulih sepenuhnya. Jadi... Nampak berselera jugak dia makan lepas tu. Seriously... Hati ibu mana tak happy bila anak kembali berselera makan kan...

Berkaitan makan ubat pulak... Dari kecik sampai umur dah 4 tahun 6 bulan...Alia takde masalah lansung makan ubat. Malah dia pulak yang mengingatkan aku bila waktu dia akan makan ubat. Haha...

Paling penting bila anak terkena hfmd... Kenalah pastikan anak-anak minum banyak air supaya tidak dihidrasi. Kekadang bila ulser dah banyak dalam mulut... Automatik, anak-anak tak nak makan. Betul tak? Tapi untuk Alia, aku gunakan konsep... Makan sikit, tapi kerap. Nak tak nak kenalah luangkan masa untuk dorang. Kena banyak bersabarlah wahai hati... Ibu mana tak risau bila anak sakit kan. Kalau boleh penyakit tu dipindahkan... Memang tak nak lansung anak dapat penyakit. Betul tak? Tapi apa kan daya... Allah yang tentukan segala-galanya... Sebagai hambaNYA kenalah banyak bersabar. Wallahu'alam...




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: