Putus tunang adakah wajar? | Bila dua hati dah bersetuju mengikat janji untuk sehidup semati. Satu situasi yang ingin aku bicarakan di ...

Putus Tunang Adakah Wajar?

/
1 Comments

Putus tunang adakah wajar? | Bila dua hati dah bersetuju mengikat janji untuk sehidup semati. Satu situasi yang ingin aku bicarakan di saat aku terfikir mengenai akannya. Dah setahun bertunang secara jarak jauh. Tetiba si teruna memutuskan hubungan melalui sms tanpa sebarang perbincangan? Wajarkah?

Sumber gambar daripada google image

Padahal, si gadis setia menunggu sehinggakan sanggup buang kawan dan teman demi menjaga hati tunang. Bayangkan, dalam setahun tempoh pertunangan... Si teruna jarang menghubungi si dara. Si dara pulak, walaupun call tak diangkat... Sms tak dibalas. Still setia menunggu... Walaupun kekadang perasaan pasrah itu hadir tanpa diundang. Andai kesibukan menjadi alasan. Ia mungkin boleh diterima akal. Tapi, jika sebaliknya berlaku... Si teruna ada perempuan lain... Adakah adil untuk si dara... Diputuskan tanpa mengetahui sebabnya... Sedangkan si teruna yang beria untuk mengikat tali pertunangan.

Pada aku, lelaki seperti itu... Pengecut! Lansung tak gentleman. Kenapa mula-mula nak bertunang... Lansung tak fikirkan tentang keputusan yang dibuat... Betulkah pilihan yang dibuat? Kalau bertunang, dalam hati still nak mencari... Baik tak payah bertunang.

Pantai mana tak dihempas ombak... Begitu jugak hubungan manusia. Pasti adanya masam dan manis. If ada yang tersinggung atau ada perbuatan pasangan mengguris hati... Kenapa tidak berterus terang saja. Kenapa ambik jalan mudah. Berdiam diri dan akhirnya buat keputusan yang mengejutkan.

Kalau koranglah hadapi situasi sebegini. Apa akan korang buat?

#Putuscinta  #Putustunang





ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. Better putus tunang daripada kawen ada anak dan bercerai....its hurt....

    ReplyDelete