Ayam masak merah dan bubur pedas | dua menu utama aku sediakan untuk makan tengahari ni. Alhamdulillah... Bila ada anak kecik, encik sua...

Ayam Masak Merah Dan Bubur Pedas

/
0 Comments

Ayam masak merah dan bubur pedas | dua menu utama aku sediakan untuk makan tengahari ni. Alhamdulillah... Bila ada anak kecik, encik suami memang akan suruh aku masak sekali untuk petang. Cuma sayur jelah kena masak. Harini encik suami request ayam masak merah paling mudah campak baling. Lansung tak guna pes tomato. Bahan pun sedikit. Antaranya:-


Ayam + halia + bawang merah + bawang putih + rempah tumis + sos + cili + minyak untuk menumis

cara membuatnya pulak... Kisar semua bahan... Panaskan minyak dan masuk rempah tumis dan bahan yang telah dikisar. Masukkan sos dan bila dah naik bau, masukkan ayam dan pekena pulak dengan perencah maggie secukup rasa.


Untuk sayur pulak... Aku guna "beras aruk" kawan sekerja hubby bagi. Alah... Sayur campur je pun. Just... Add on "beras aruk" je. Fuh! Memang tip top. Kat Sarawak, tak sah kalau takde bubur pedas... Mana-mana tempat kampung melayu senang nak dapat.

Alhamdulillah, rezeki harini yang amat mengenyangkan. Di saat entri ni dipaparkan. Encik suami dan anak-anak dah tidur. Aku pulak layan tv. Panas-panas gini... Malas nak keluar. Tak taulah belah petang nanti. Hurmmm... Nak ke mana ek?



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: