Throwback Puasa Hari Ke-15 | before mak mengadakan majlis berbuka , aku dah start dengan projek membuat biskut. Seperti biasa... Bisk...

Throwback Puasa Hari Ke-15

/
0 Comments

Throwback Puasa Hari Ke-15 | before mak mengadakan majlis berbuka, aku dah start dengan projek membuat biskut. Seperti biasa... Biskut pertama yang aku buat adalah tart nenas kesukaan ramai. Every year wajib ada... Lambat buat, mesti ada salah sorang yang akan bertanya 'tak buat biskut tart nenas ke tahun ni'
. Hehe...


Biskut tart nenas adalah paling win kat rumah aku sebenarnya selain daripada semperit susu... Sampaikan emak suruh buat 4 adunan sekali. Masak ler nak uli dan acuankan tart. Huhu... Sehari suntuk jugak membuatnya. Tapi... Kepuasan itulah paling penting kerana dapat buat kuih raya hasil air tangan sendiri.

Alhamdulillah... Sampai raya keenam jugak biskut tart nenas oiii... Mak ada jugak suruh buat lagi... Almaklumlah, raya kan sebulan. Huhu... Cumanya sindrom malas banyak sangat. Tengoklah esok lusa... Kalau rajin. Hehe... Tu cerita pasal tart nenas. Kali ni punya resepi... Aku try resepi tart nenas yang adik share. Puas hati... gebu dan cair di mulut... Dengan inti nenas campuran betik... Memang tip top. In Shaa Allah ada masa aku kongsikan resepinya di sini.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: