Hijau di pagi raya | Begitulah tema tahun ni... Mak dan anak dua pasang... Big boss cukuplah sepasang baju melayu katanya. Di awal peranc...

Hijau Di Pagi Raya

/
1 Comments

Hijau di pagi raya | Begitulah tema tahun ni... Mak dan anak dua pasang... Big boss cukuplah sepasang baju melayu katanya. Di awal perancangan, nak buatkan baju batwing untuk Alia dan Ain... Sekali boleh pulak nak buatkan dorang peplum.


Raya tahun ni... Aku beli kain corak batik je. Ambik color hijau dan kuning. Tambahan adik sendiri yang jual. Ambik mudah malas nak shopping... Terus grab yang tu jelah. Sepasang RM40. Kain je ok... Yang tukang jahitnya pulak... Si nenek. So, part upah jahit tu takdelah berkira sangat. Mak dan anak kan. Haha... Walaupun gitu... Bulan-bulan In Shaa Allah akan ada perbelanjaan untuk dorang.

Seperti biasa... Balik dari menunaikan solat sunat raya, satu kemestian kenalah bersalam-salaman dulu... Pada yang nak hulurkan duit raya tu... Itulah masa dan peluangnya. Before welfie ke, selfie ke... Sakan...

Posing pertama... Kenalah baby Ain dulu. Kemain, dapat duit raya dari babuk... Terus posing maut. Sampul raya pulak diserahkan kepada ayah tercinta... Biasalah 'bank negara' kami. Hehe...


Then... Si kakak jugak tak nak kalah dengan si adik. Sekali posing lansung tak nak berenggang dengan babuk. Sabar jelah... Selesai bergambar. Apalagi... Serbu juadah yang mak sediakan. Tahun ni takde kelupis atau lemang. Apa yang ada... Nasi impit, kuah kacang, kari ayam, rendang daging, biskut, kek dan jugak ketupat palas. Terima kasih pada yang berkongsi cara langkah demi langkah bagaimana nak buat ketupat palas... Ternyata kami berjaya membuatnya berpandukan tutorial yang ada di internet.


Tahun ni... Seminggu before raya. Kami adik-beradik gotong-royong buat cucuk sate. Awal-awal buat letak dalam freezer. Tak silap hampir seribu batang kami buat. Dah siap... Bubuh dalam freezer. Bila-bila nak makan... Just bakar je. Tiga adik lelaki aku awal-awal dah offer diri nak ambik tugas bakar sate. Wah! senang ler cerita tahun ni. Cuma tahun ni agak sunyi sikit... Dua adik tak dapat balik kampung. Sorang di Perlis... Isteri dia baru habis pantang... baby baru bapa bulan. Mak larang dia balik... Sian baby naik kapal terbang katanya. Sorang lagi terpaksa bertugas di pagi raya di ibu pejabat penjara puncak borneo kuching. Nak buat lagu mana... Tugas kenalah bertanggungjawab right.

Tu kisah baju raya dan cerita makan-makan kami. Nanti ada masa sambung pulak dengan cerita raya di rumah mertua. Ok. Bye....



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. Besar dah Alia dan Ain..lama tak tengok.Cantikawa sedondon fiza n famili dipagi raya..

    Wow sate homemade...sedap tu.hehe

    ReplyDelete