01 June 2016

Tak Guna Air Selusuh?


Tak guna air selusuh? | Ini pengalaman mengandungkan dua orang anak. Aku lansung tak menggunakan air selusuh untuk memudahkan proses kelahiran anak. Untuk first baby... Masa Alia dulu aku kena induce... Tapi masa lahirkan Ain amat mudah. Tak lama sakit. Masuk klinik jam 5.30 petang gitu.... Jam 8 lebih malam dah beranak... Pun tak sampai 5 minit meneran Ain dah keluar.

Sumber gambar air selusuh adalah daripada laman seperti yang tertera di dalam gambar

Aku penakut sebenarnya. Pernah temankan adik masa lahirkan anak pertama dia dulu. Nurse tanya guna air selusuh ke tidak... Doktor pun tanya benda yang sama... Katanya jangan minum awal... Nanti baby di dalam seksa nak cepat keluar. Huhu... Dengar kata doktor dan nurse macam-macam... Aku dan adik jadi takut. Sudahnya aku lansung tak ambik air selusuh masa pregnant. Lagipun... Mak takdelah sangat beria nak bagi guna air selusuh... Tengok aku dan adik macam mudah je lahirkan anak seterusnya... Dia pun ignore jelah.

Tapi kan... Semuanya terpulang kepada kita sendiri sebenarnya. Kita ada pilihan untuk memilih nak guna ke tidak. Yang penting jangan putus berdoa...

No comments:

Post a Comment