Tak terlepas episod 11 Mr. Boss Miss Stalker | Lepas Maghrib boleh layan... Malam ni punya episod... Sangatlah Sweet . Sepertinya cinta ...

Tak Terlepas Episod 11 Mr. Boss Miss Stalker

/
3 Comments

Tak terlepas episod 11 Mr. Boss Miss Stalker | Lepas Maghrib boleh layan... Malam ni punya episod... Sangatlah Sweet. Sepertinya cinta berputik di antara Hariz dan Sara... Bila mereka berdua pergi ke JB untuk selesaikan projek...

Sumber gambar adalah daripada laman seperti yang tertera pada gambar di atas

Si Ria pulak... Tak senang duduk bila dapat tahu Hariz outstation ke Johor Bahru bertemankan Sara. Yelah... Dalam episod sebelumnya kan Sara kena tampar dengan Ria... Mestilah Hariz marah right. Sudahnya... Hariz lansung tak layan panggilan telefon Ria.

Di JB, Sara dilayan baik oleh Hariz... Macam orang tengah bercinta aku tengok... Sampaikan satu masa Hariz bawak Sara Shopping di mall... Di mana rata-rata shop lot di situ menjual barangan pompuan. At last... Sampai kedai barangan perhiasan wanita... Hariz belikan sesuatu dan mintak pandangan Sara... Adakah barang itu untuk Ria atau Sara? Aku rasalah... Mesti untuk Sara. Hehe...

Time balik KL pulak... Hariz tak benarkan Sara balik sorang. So dia dan pemandunya hantarkan Sara ke rumah. Sara pelawa Hariz masuk rumah. Apalagi Hariz... Terus setuju dan kata nak tumpang solat Asar. Siap makan dan berkenalan lagi dengan family Sara.

Cerita episod 11 Mr. Boss Miss Stalker tamat dengan adegan di luar rumah. Sara hantar Hariz masuk kereta untuk balik. Hariz siap kata esok kita jumpa. Padahal Sara ingatkan cuti... Jawapan Hariz pulak ' I need U'... Wah.... Terkasima Sara dibuatnya. Then... Nak masuk kereta pulak... Siap pesan tau... Suruh Sara berehat dan bermimpikan yang indah-indah. Amboi!... Romantik oiii... Mana mungkin Hariz pembunuh.

Tak sabar nak tengok episod 12 pulak esok. Hehe...



ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. salam Fiza.. pekabar.. lama tak kesini.. hehe
    suka tgk cerita ni.. tak tertinggal gak tiap weekend...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Fiza sihat Atie. Lamanya Atie tak update blog. Fiza pun lama dah tak singgah blog Atie jugak.

      Delete
  2. Owh sekarang muni jaran sgt tengok tv.dh tak ikut pun apa cerita best kt tv tu..citer ni pun tak tahu menahu muni.huhu

    Tp macam romantik sgt review fiza kali ni..yg pelakon lelaki tu sapa..macam zizan je.haha

    ReplyDelete