Sifat meniru teserlah | sesuai dengan umur dan perkembangannya sekarang. Apa saja yang kita lakukan... Dia pun nak tiru. Fasa yang amat ...

Sifat Meniru Teserlah

/
0 Comments

Sifat meniru teserlah | sesuai dengan umur dan perkembangannya sekarang. Apa saja yang kita lakukan... Dia pun nak tiru. Fasa yang amat sesuai untuk diajar sesuatu ilmu yang baru. Namun, tidaklah ilmu yang berunsur berat.


Setiap petang, bila encik suami ajak jalan-jalan ambik angin petang. Bila melihat aku menggayakan tudung. Nur Ain pasti mintak dipakaikan tudung jugak. Walaupun pada usia setahun 4 bulan bukanlah suatu umur yang wajib untuk bertudung... Namun, aku turuti kehendak Nur Ain.

Yelah... Kekadang ada masyarakat yang memandang sinis bila mana melihat budak setahun lebih bertudung... Dah kata... Kalau yer pun nak ajar anak bertudung... tunggulah dah sekolah... Budak kecik tu... Kan panas. Si ibu pulak dipersalahkan. Kecaman yang aku sendiri pernah dengar. Huhu...

Pada aku... Nak didik anak biarlah seawal yang mungkin. Bukan aku paksa pun Nur Ain untuk bertudung. Tapi dia sendiri yang nak. Padahal... Tak sampai sejam pun dia pakai dah bukak. At least dia cuba untuk pakai. Aku percaya... Kalau dah setiap hari dia cuba untuk pakai... Tak mustahil satu hari nanti dah terbiasa. So, tak perlulah nak sound selalu untuk bertudung kan... Biarlah anak lakukan apa yang ingin mereka lakukan. Berikan kebebasan pada mereka. Tapi... Kebebasan perlulah ada pemantauan.

Sekian kisah Nur Ain yang suka sangat nak bertudung. Semoga Nur Ain menjadi anak yang solehah buat ayah dan mak. Aamiin...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: