Drama Seindah Takdir Cinta | Terbaru akan datang di Slot Akasia terbitan Zeel Production. Drama ini bakal bersiaran pada 25 Mei 2016, s...

Drama Seindah Takdir Cinta

/
0 Comments

Drama Seindah Takdir Cinta | Terbaru akan datang di Slot Akasia terbitan Zeel Production. Drama ini bakal bersiaran pada 25 Mei 2016, selepas drama Duda Terlajak Laris.

Sumber gambar drama seindah takdir cinta adalah daripada laman seperti yang tertera pada gambar

Drama adaptasi novel karya Kamsiah Abu ini akan bersiaran selama 28 episod dan diarahkan oleh Zul Huzaimy.

Pelakon Dalam Seindah Takdir Cinta
Antara para pelakon yang membintangi drama seindah takdir cinta adalah seperti Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Redza Rosli, Ifa Raziah dan ramai lagi.

Lagu Tema OST Seindah Takdir Cinta
Berdasarkan info dari laman kepalabergetar2u, Lagu Terbaik Bagimu oleh Siti Nurhaliza dipilih menjadi lagu tema OST bagi drama seindah takdir cinta.

Sinopsis Novel Seindah Takdir Cinta
Mia Karmila, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?

Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?

Jangan lupa saksikan drama Seindah Takdir Cinta ini setiap hari Isnin hingga Khamis di Slot Akasia, Saluran 103, TV3. Baca sinopsis, macam menarik kan? Menarik atau tidak setelah diadaptasi... Semuanya bergantung kepada para pelakonan yang membawakan watak. Selalunya... Kalau pelakon yang terkenal... Dramanya pasti tidak mengecewakan.

Tapi... Untuk slot akasia, aku jarang tengok sepenuhnya. Ada saja keperluan yang nak kena buat. Huhu... Tapi kalau ceritanya menarik, terlayan jugak aku. Tengoklah nanti bagaimana... Menarik ke tidak seindah takdir cinta.

Akhir sekali, pada yang nak baca online novel seindah takdir cinta, di sini aku sertakan link di mana kita boleh baca bab 1, bab 2, bab 3, bab 4 dan seterusnya sehinggalah bab 28 seindah takdir cinta... Iaitu hanya di

ILHAM KARANGKRAF



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: