Suami yang baik | pada aku... Lain orang lain caranya untuk mengukur kebaikan si suami kepada isteri. Entah! Tetiba isu itu timbul di r...

Suami Yang Baik

/
1 Comments

Suami yang baik | pada aku... Lain orang lain caranya untuk mengukur kebaikan si suami kepada isteri. Entah! Tetiba isu itu timbul di ruang kotak fikiran ku. Biasalah aku.Bila dah terbangun menyusukan Ain... Memang susah nak tidur balik. Sudahnya... Otak aku penuh dengan angan-angan dan banyak benda yang difikirkan. Bila bercakap pasal suami yang baik.

Sumber gambar daripada google image

Pada aku... Suami yang baik, Walaupun tak kaya... Yang penting kaya dengan ilmu agama. Sedap mata memandang... Yang penting penyayang... Sudah cukup sempurna buatku. Tak pernah merunggut dengan karenah isteri dan anak... Malah menerima kekurangan isteri seadanya... Membuatkan aku bahagia tak terhingga. Sentiasa menjadi hero... Bila si isteri ditimpa masalah... Itulah sifat suami yang aku dambakan. Apa guna kaya... Hensome. Tapi, hari-hari makan sepak terajang. Padahal... Kita kawin atas dasar sayang dan cinta... Right!

Syukurlah kalau ada suami yang baik. Jangan pulak ambik kesempatan atas kebaikan suami. Mintak beli itu dan ini... Padahal suami tak mampu nak beli. Biar hidup sederhana... Yang penting bahagia. Usah dengki akan kehidupan orang lain... Bersyukurlah dengan apa yang ada. Aku percaya... Setiap kali kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan... Tak mustahil Allah akan melipatgandakan rezeki seseorang manusia itu. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ke atas alam semesta. Apa saje boleh berlaku sekelip mata di atas kekuasaan Allah S.W.T. Itulah antara lain yang menjadi peringatan buat diriku.



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. betul tu paras rupa bukan ukuran.yg penting semua yg fiza senaraikan tu.paling penting agamanya yg boleh bimbing isteri ke syurga.

    ReplyDelete