Drama terbaru Uda dan Dara | akan menggantikan drama Memori Cinta Suraya yang akan mula bersiaran pada 24 Februari 2016 semestinya di As...

Drama Terbaru Uda Dan Dara

/
0 Comments

Drama terbaru Uda dan Dara | akan menggantikan drama Memori Cinta Suraya yang akan mula bersiaran pada 24 Februari 2016 semestinya di Astro Prima, jam 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat. Dengar cerita drama Uda dan Dara pun adaptasi novel dan sebanyak 65 episod. Adik kata kalau ikut novel, jalan cerita uda dan dara best. Best ke tidak kenalah tunggu dan lihat petang nanti right. Kalau Memori cinta suraya... Boring jugak tunggu episod akhir... Sampai berpuluh episod aku tak tengok. Sekali terlayan jugak episod akhir semalam. Huhu...

Sumber gambar uda dan dara daripada google image

PELAKON DRAMA TERBARU UDA DAN DARA
Berdasarkan info yang terdapat di laman infotaip, pelakon heronya adalah Zul Ariffin dan heroinnya pulak Siti Saleha. Selain itu, ia jugak turut dibintangi oleh Idris Khan, Dilla Ahmad, Anis Al-Idrus, Dynas Mokhtar, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Sherry Merlis, Nazia Mustafar, Atiqa Farhana, Shahrul Nizam, Balkisyh Semundur Khan, Putri Damia, Dania Syafi, Firdaus Ghufran, Amai Kamarudin, Shakilla Khoriri dan Tash Yong.

SINOPSIS UDA DAN DARA DARI NOVEL
Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: