Awas! Virus zika dan ancamannya | Antara lain tajuk yang boleh diungkapkan apabila virus zika menjadi world trending right now. Sumb...

Awas! Virus Zika Dan Ancamannya

/
0 Comments

Awas! Virus zika dan ancamannya | Antara lain tajuk yang boleh diungkapkan apabila virus zika menjadi world trending right now.

Sumber gambar daripada google image

Apa itu Virus Zika?
Menurut beberapa buah laman termasuklah akhbar online... Virus Zika adalah merupakan virus bawaan daripada nyamuk Aedes. Mereka yang dijangkiti virus zika dan mengandung, mempunyai risiko melahirkan anak yang mempunyai saiz kepala abnormal dengan masalah kecacatan pada otak.

Tanda-Tanda Dijangkiti Virus Zika
Mereka yang dijangkiti virus zika dikatakan... Akan mengalami beberapa simptom seperti demam, ruam, sakit sendi, mata merah atau sakit mata, sakit otot dan sakit kepala.

Cara Elakkan Virus Zika
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Na'uzubillah, agama mengajar kita untuk menjaga kebersihan. Antara salah satu tujuannya adalah untuk menghindari kita daripada sebarang penyakit. So, untuk elakkan virus zika... Kita hendaklah hapuskan tempat pembiakan nyamuk, elakkan digigit nyamuk dan jauhi tempat-tempat yang berisiko mempunyai banyak nyamuk.

Senarai Negara yang diserang Virus Zika
Melalui astro awani, terdapat beberapa buah negera yang telah dijangkiti virus zika. Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Bila baca berita pasal virus zika. Seram sejuk dengar... Nak-nak melibatkan ibu mengandung. Memang kena berjaga-jaga. Ya Allah, jauhkanlah Malaysia daripada virus zika.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: