Pucuk 'kerubuk' banyakkan susu ... Entri terbaru dari aku. Bila menyusukan anak, semestinya sebagai emak, mom, ummi, mama dan ...

Pucuk 'Kerubuk' Banyakkan Susu?

/
1 Comments


Pucuk 'kerubuk' banyakkan susu... Entri terbaru dari aku. Bila menyusukan anak, semestinya sebagai emak, mom, ummi, mama dan sebagainya akan tercari-cari info mengenai cara, makanan, kaedah, tips atau apa sahaja maklumat yang berkaitan untuk banyakkan susu badan.

Sebagai ibu yang menyusukan anak... Di sini aku ingin kongsikan makanan yang boleh banyakkan susu badan. Actually, ia sejenis sayur hutan... Di mana kalau di Sarawak terutamanya di Spaoh... Ia dikenali sebagai pucuk kerubuk. Mungkin kat tempat lain ia dikenali sebagai paku pakis kot.


Sehari selepas melahirkan baby... Mak pasti masakkan pucuk kerubuk ni... Sebab lepas makan pucuk ni... Insya Allah, sehari lepas tu... Susu akan start meriah... Alhamdulillah. Resepinya pulak amat mudah... Just campurkan halia, bawang putih dan ikan bilis... Tumis. Then... Masukkan pucuk kerubuk tersebut. Sedap! bila di makan dengan nasi yang panas. Sampai sekarang... Kalau ada dijual di market basah... Confirm beli... Walaupun sekarang agak mahal harganya. Yelah... Ramai yang minat makan... Buat sayur atau ulam... Macam midin jugak.



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. owhh kerubuk ke namanya..paku pakis sy tau..baru tauhu yg paku pakis ni boleh bykkan susu.hehe

    ReplyDelete