Gout, 8 makanan harus dielakkan . Entri terbaru dari aku untuk semua. Dalam family kami... Salah sorang penghidap gout adalah adik lel...

Gout, 8 Makanan Harus Dielakkan

/
1 Comments


Gout, 8 makanan harus dielakkan. Entri terbaru dari aku untuk semua. Dalam family kami... Salah sorang penghidap gout adalah adik lelaki aku... Sekarang nun jauh di utara bersama isteri tercinta... Bekerja dan menetap di sana.

Bila dah tau ada gout... Now, adik terpaksa berhati-hati dalam memilih makanan. Tau jelah dia... Silap makan sikit.... Dah, seminggudua mesti jalan berjengkit-jengkit. Sian pulak tengok. Pernah tau... Masa mak saudara meninggal haritu... Kebetulan balik bercuti. Baru sehari berada di kampung... Mula gout menyerang... Sampaikan dia tak boleh berdiri dan berjalan... Disebabkan sakit sangat... Hubby dan adik-beradik lelaki yang lain... terpaksa angkat dia bawak pergi klinik swasta. Injection di punggung tau untuk kurangkan gout... Dengan bayaran sebanyak RM70. Then... Barulah sakitnya berkurang. Alhamdulillah...

Sumber gambar daripada google image

Bila dah kena begitu... Barulah dia rajin baca artikel tentang gout. Cakap pasal gout... Teringat pulak pasal 8 jenis makanan yang kena pesakit gout elak... Hubby pernah bagitau... tu pun dia terbaca dari flyers kesihatan... Di mana, berikut adalah antara makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout:-
Kekapis
Ayam belanda
Bir
Hati
Asparagus
Herring
Minuman manis
Daging merah
Kenapa hubby tau pasal makanan orang gout... Mana yang boleh, mana yang tidak... Huhu... Dia pun ada gout jugak sebenarnya. Namun dek kerana 'berpantang' bab-bab makanan. So, kuranglah gout menyerang. Sepanjang lebih kurang 6 tahun kami bersama... Tak silap pernah sekali dia kena serang gout... Taubat lepas tu... Berhati-hati sungguh dia menjaga makan.

Rasanya panjang jugak entri kali ni. Before bosan... Baik aku stop dulu cerita aku yer. Hehe....



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. org gout ni memanf byk nikmst makan kena tarik..kena pantang macam2 fiza kan..tl utk kesihatan dr tanggung sakit lebih baik pantang

    ReplyDelete