Jangan malas bergerak ketika hamil . Satu persoalan atau kenyataan yang sering orang tua-tua bagitau semasa kita mengandung. Bila mala...

Jangan Malas Bergerak Ketika Hamil

/
0 Comments


Jangan malas bergerak ketika hamil. Satu persoalan atau kenyataan yang sering orang tua-tua bagitau semasa kita mengandung. Bila malas bergerak... Dikhuatiri susah untuk lahirkan anak. Kononnya jalan lambat nak terbuka. Mungkin ada logiknya di situ.

Sumber gambar daripada google image

Berdasarkan pengalaman mengandungkan Alia dan Ain... Ia suatu pengalaman yang berbeza. Semasa mengandungkan Alia... Iaitu anak pertama kami. Aku sangat-sangat malas bergerak. Malah lebih memilih untuk berbaring. Why? Biasalah kalau dah masuk trimester kedua dan ketiga, kandungan semakin sarat dan berat. Dek kerana itulah... Masa tu aku lebih suka terbaring tanpa banyak melakukan sebarang aktiviti. Bila due date untuk aku deliver menjelang tiba. Tetiba aku leaking. Masa tu aku tengah relax baring depan tv. Tetiba terkeluar air ketuban. Ingatkan terkencing. Secepat mungkin mak bawak aku ke klinik berdekatan. Then, follow up ke hospital kerana aku melahirkan anak pertama. 3 hari tau aku admit... Sampai kena induce. Alhamdulillah, Alia selamat dilahirkan secara normal... Tanggal 18 Februari 2012.

Tanggal 19 Disember 2014, selang lebih kurang 2 tahun... Ain selamat dilahirkan secara normal. Alhamdulillah... Jam 5 petang ke klinik, jam 8 malam... Ain dilahirkan. Amat mudah sekali Ain dilahirkan. Mungkin dari awal kehamilan sehingga Ain nak lahir pun aku kaki jalan. Asyik ada sahaja aktiviti hubby, aku dan Alia buat. Sampaikan... Sakit nak beranak pun lansung tak terasa. Sampai klinik dah 6cm tau jalan terbukak. Still relax. Haha...

So, tryla banyakkan bergerak semasa hamil. Banyakkan berdoa dan terpenting... Before masuk lebour room tu... Minta maaflah dengan semua orang termasuklah encik suami. Pada aku... Tu antara perkara terpenting dilakukan sebelum saat kelahiran tiba. Insya Allah dengan izin Allah, sama-sama urusan kita dipermudahkan. Wallahu'alam...

Tetiba teringat time berbual dengan mak saudara pasal jiran last week... Dah 4 hari admit tapi still tak beranak. Hari kelima baru deliver... Ceaser pulak tu. Huhu... Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat. Maka terhasillah entri ini. Hehe...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: