Episod 4 Tuan Anas Mikael . Episod akhir minggu pertama... Bermula dengan situasi Mrs. K iaitu PA Tuan Anas dalam kereta yang curious ...

Episod 4 Tuan Anas Mikael

/
0 Comments


Episod 4 Tuan Anas Mikael. Episod akhir minggu pertama... Bermula dengan situasi Mrs. K iaitu PA Tuan Anas dalam kereta yang curious dengan pertanyaan Ayu Maisarah tentang Tun Akhiruddin di dalam episod 3 sehingga menyebabkan dia terlewat ke pejabat.

Sampai di pejabat... Tuan Anas Mikael ajak Cik K meeting dengan Tun Akhiruddin... Membincangkan projek di Krabi. Then, malamnya Tuan Anas Mikael diundang oleh Dato' Azhar iaitu ayah kepada Safra untuk makan malam bersama. Walaupun terpaksa dan tak suka si Safra... Tuan Anas terpaksa menerima pelawaan tersebut. Jadinya... Ayu telah ditugaskan untuk memilih pakaian untuk makan malam Tuan Anas Mikael.

Superb! Tuan Anas Mikael amat menyukai pakaian yang dipilih oleh Ayu. Siap berselfie tau before keluar dinner. Haha. Paginya... Seperti biasa, Ayu kena iron baju Tuan Anas untuk ke pejabat. Then, belajar memasak dengan chef Wan. Menu yang Ayu belajar adalah lamb chop dan scrumble egg. Lepas selesai belajar memasak pulak... Ayu kena belajar memandu. Sibuk giler Ayu Maisarah.


Before ke pejabat, Tun Amina ajak Tuan Anas berjumpa kononnya ada suatu rahsia dia nak bagitau. Dalam masa yang sama... Dato' Azhar berada di lokasi tempat mereka berjumpa. Dia menjadi musykil... Sehingga menyebabkan dia mengelamun di office.

Settle hal tersebut, Tuan Anas Mikael balik ke office dan mintak K untuk study pasal yayasan Aiyman... Seperti yang dikehendaki oleh Tu Amina supaya jangan bagitau sesiapa pun pasal projek tersebut. Hal itu telah menyebabkan Tuan Anas Mikael dan K tertanya-tanya. Huhu...

Balik dari office pulak. Ayu dah terpacak di tangga menunggu Tuan Anas untuk minta masa tambahan untuk belajar kereta. Ceritanya terhenti di situ... Nak tau kesudahannya kenalah tengok minggu kedua pulak next week dalam episod 5, 6, 7 dan 8 Tuan Anas Mikael.

Hehe... Tengok promo episod 5, Tuan Anas Mikael ajak Ayu keluar... Siap mintak izin pulak tu dengan Cik Su. Katanya sebagai denda. Denda apakah itu? Haha... Semakin menarik pulak jalan ceritanya kan...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: