Aktiviti Kak Alia dan Encik Suami ... Bila weekend je, mesti agenda mencuci kereta wajib ada. Kisah hujung minggu lalu. Selesai je ten...

Aktiviti Kak Alia Dan Encik Suami

/
0 Comments


Aktiviti Kak Alia dan Encik Suami... Bila weekend je, mesti agenda mencuci kereta wajib ada. Kisah hujung minggu lalu. Selesai je tengok Polis Evo... Alia pun menagih janji dengan ayahnya... Kata nak ajak cuci kereta... Memang pucuk dicita ulam mendatang... Tau jelah Kak Alia memang suka main buih... Lepas tu main air tak ingat dunia...


Bila cuci kereta... Memang hubby libatkan Alia bersama... Secara tak lansung... Bolehlah melatih motor halus jari jemarinya agar lebih kuat untuk melakukan aktiviti. Nanti takdelah... Lembik! Haha... Penat tolong ayah... Ajak pulak ronda kampung, singgah kedai... Beli pulak Aiskrim magnum's white gold. Sebatang aiskrim magnum's white gold dijual dengan harga RM4.50. Hubby belilah 2 batang... Satu untuk Alia, satu lagi seperti biasa aku dan hubby berkongsi. Not bad... Memang sedap :)



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: