Back to Top

04 October 2015

Berdiri Pada Usia 9 Bulan



Berdiri pada usia 9 bulan. Alhamdulillah... Genap 9 bulan pada tanggal 19 September 2015... Ain pun dah mula boleh berdiri sendiri di kerusi atau meja. Nampak gayanya... Ain dah start belajar untuk berjalan.

Dalam usia dan perkembangan sebegini... Extra pemantauan amatlah dititikberatkan. Lebih rela tak buat kerja rumah semata-mata nak jaga keselamatan Alia dan Ain. Haha... Tapi, takdelah sampai begitu. Kang... Jawabnya tak berasaplah dapur.

Biasanya, time dorang tidurlah... Aku pulun siapkan apa yang patut... Termasuklah buat draf untuk blog. Cuma akhir-akhir ni... Malas plus tak ada idea, membuatkan blog sikit terabai... Pagerank pun jatuh menjunam. Huhu... Nak kena struggle baliklah nampak gayanya.


Berbalik pada cerita cik Ain... Semenjak dah boleh berdiri ni... Kemain dia... Asyik try berdiri je dia... Tak kira... Guna bakul ke, beg ke... Kekadang tu... Belakang atuk pun dia jadikan untuk tempat berpaut. Pernah sekali... Insident Tersungkur di sisi almari... Terus terkena pipi... Sudah! Biru oiii pipi cik Ain... Bak kata mak. Sabarlah wahai Ain... Tu antara liku-liku yang kita kena hadap... Kalau nak capai sesuatu kejayaan dalam perkembangan. Kan?

Bila dah boleh berdiri... Tunjuk pulak skill nak panjat kerusi... Tapi sampai sekarang tak berjaya lagi. Haha... Nanti bila dah berjaya... Dan berkesempatan ambik gambar dia... Akan aku abadikan ceritanya di sini. Insya Allah. Wallahu'alam.

1 comment:

  1. comell cik Ain... wah cepat juga dah boleh berdiri...tak lama lg pasti berjalan & berlari dah...

    ReplyDelete