26 August 2015

Lempeng Nyiur



Lempeng Nyiur. Fuh! Bila keinginan nak makan tu datang... Masa tu jugak aku buatkan. Lama dah tak merasa lempeng kelapa. Tak silap... Zaman sekolah rendah je dulu selalu makan arwah nenek buatkan.


Teringat pulak zaman susah dulu. Bila terkenang... Boleh nangis dibuatnya. Bila dah hujung bulan... Allah, tiada duit buat bekal ke sekolah... Lempeng jugak jadi juadah buat minum pagi before ke sekolah. Tapi kan... Walaupun sesusah mana pun masa tu... Tiada lansung istilah tak nak ke sekolah kan. Still bersemangat kan... Ke sekolah ^_^.

Nak buat lempeng gaya aku ni... Teramatlah mudah. Semudah ABC. Just guna 4 bahan je. Kelapa... Air, Tepung, sedikit garam dan sedikit minyak. Gaulkan tepung, kelapa parut, sedikit garam dan air. Then... Goreng menggunakan sedikit minyak. Di area aku... Gelaran lain buat lempeng adalah 'bikang'. Haha...

Alhamdulillah... Lama tak makan. Lagi... Cicah dengan sos cili. Licin woo pinggan. Pekena pulak dengan teh o kosong. Memang kena. Perghhhh...Hehe... Menu simple pun boleh mengenyangkan. Alhamdulillah... Settle pulak cerita menu breakfast pagi ni.

1 comment:

  1. Emmm terasa nak makan lempeng pisang plak,, lama dah tak makan lempeng buatan abah ni huhu,, rindu abah kat kampung ,,

    ReplyDelete