Assalamu'alaikum 
Pelakon watak Tengku Zaqif atau angah hati perempuan. Seorang pelakon yang kacak berambut kerinting. Nama sebenar beliau adalah Nadzmi Adhwa Nor Azdmi

Sumber dari google image

Menurut sumber yang memaparkan biodata penuh Nadzmi Adhwa yang aku baca, dia pernah berlakon dalam beberapa drama dan telefilem seperti Tol Gate Asmara, Langit Cinta, Jalan Taubat dan beberapa buah lagi termasuklah hati perempuan.


Before ni aku tak perasan sangat lakonan Nadzmi Adhwa ni. Tapi disebabkan hati perempuan tengah hot sekarang ni dan watak dia sebagai Tengku Zaqif pun turut menonjol. Apalagi cubalah mencari info mengenai orangnya.

Untuk pengetahuan semua... Nadzmi Adhwa Merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan berusia 23 tahun. Selain itu, Nazmi Adhwa juga dikatakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dan Multimedia di UITM, Shah Alam. Hurmmm... Bukan calang-calang orangnya... Pelajar universiti tu.


Apa-apa pun... Tahniah! buat Nadzmi Adhwa, walaupun still muda lagi... Bakat lakonannya disukai ramai. Tak sabar nak tengok episod 21 dan seterusnya hati perempuan next week. Hehe... Nak tengok... Berani ke tidak Tengku Zaqif memperkenalkan cikgu Edriana kepada bonda dan ayahandanya.