Assalamu'alaikum ♥ CPUV McDonald's Family [ PC ] . Bukak je akaun Nuffnang pagi ni. Check cpuv. Alhamdulillah, rezeki pagi ...

CPUV McDonald's Family [ PC ]

/
1 Comments


Assalamu'alaikum
CPUV McDonald's Family [ PC ]. Bukak je akaun Nuffnang pagi ni. Check cpuv. Alhamdulillah, rezeki pagi sabtu... Dapat 1 campaign gandaan 3 lagi dari Nuffnang. Tak silap campaign ni adalah iklan mengenai promosi di McDonald's.


Kat area aku tinggal sekarang ni takde McDonald's. Kalau nak pergi pun cuti pertengahan sekolah hujung bulan ni. Dulu... Masa ikut encik suami mengajar di Bintulu, selalu jugak pergi McDonald's tapau bubur untuk Alia... Dan semestinya chicken burger untuk hubby. 

Cuma sekarang ni... KFC dan SugarBun jelah tempat pilihan yang ada dekat dengan kami. Tu pun di Bandar Betong. Dulu nak pergi ke Betong dari Spaoh ambik masa 45 minit. Tapi... Dah ada shortcut... Tak sampai 15 minit dah sampai. Apalagi... Alia asyik dok mintak dibelikan KFC. That why selang duatiga hari encik suami selalu beli ayam. Nak elak Alia mintak KFC selalu... Aku buatkan sendiri ayam goreng simple untuk dia. Simple-Simple aku buat pun... Alia tak habis-habis memuji kata sedap. Haha...
Sekarang ni... Alhamdulillah, jarangla Alia nak mintak belikan KFC. Cuma... Sekali-sekala je encik suami tapaukan untuk dia. Sian katanya... Even si isteri boleh buat ayam goreng sendiri. Ye tak?




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: