Assalamu'alaikum
Cara Penjagaan tudung satin.

Sumber daripada google image

Satu info yang ingin aku kongsikan, di mana berikut adalah beberapa tips bagaimana untuk menjaga tudung satin dengan sempurna... Iaitu :-
  • Jemur di tempat yang redup agar tudung tidak mudah pudar.
  • Guna pencuci lembut untuk mencuci dan elak daripada menggunakan mesin basuh untuk membasuh tudung.
  • Jangan rendam terlalu lama.
Sumber : Facebook

Tu antara tips bagaimana untuk menjaga tudung satin dengan mudah. Aku rasa amat berfaedah kepada yang minat tudung satin Yuhanis. Sekarang ni tudung bawal satin tengah trending. Semuanya dek kerana drama Hati perempuan. Sana-sini ada saja yang pakai tudung satin.

Tapi aku still tak berminat. Aku jenis yang tak suka nak pakai tudung berkilat. Lagi satu... Nampak macam licin.