05 April 2015

Keputusan ABPBH 2014



Assalamu'alaikum
First things first... Al-fatihah buat mangsa helikopter yang terkorban di Semenyih... Antara berita utama yang terkandung di tv. Habis berita... Semua terpacak depan tv tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 kecuali mr. Hubby... Tengok tv di dapur layan bual bicara tentang GST. Haha...

Best jugak lagu Faizal Tahir yang jadi pembukaan ABPBH 2014. Lama tak tengok dia buat persembahan. Tapi... Tengok ABPBH 2014 kali ni macam chipsmore... Yelah! Tetiba saudara datang hantar tudung ala-ala neelofa tengah-tengah kami menonton tv... Bersembang pulak dengan dorang sambil jeling tengok ABPBH.

Yang sempat aku tengok keputusan pelakon komedi perempuan terbaik tak silap, Didie Alias pemenangnya. 

Sembang-sembang... Minum-minum... Lepas saudara balik. Sambung balik menonton... Sempat jugak la tengok anugerah penyampai radio lelaki popular... Yang dimenangi oleh Johan. Pengacara tv wanita popular pulak dimenangi oleh Neelofa.

Habis datuk Siti dan Dayang nyanyi 3 buah lagu... Beberapa keputusan seperti berikut diumumkan:-


  1. Pelakon tv wanita popular - nad zainal 
  2. Pelakon komedi lelaki popular - Abam
  3. Penyanyi wanita popular dimenangi oleh Adira.
  4. Pelakon filem lelaki popular - shaheizy Sam
  5. Anugerah pencapaian sepanjang hayat - Tan Sri S.M Salim
  6. Artis paling kontroversi - Sharnaaz Ahmad
  7. Penyanyi lelaki popular - Akim
  8. Pelakon filem wanita popular - Siti Saleha
  9. Artis wanita stailo - Datuk Siti Nurhaliza
  10. Bintang paling popular - Shaheizy Sam

Haha... Tu antara kategori yang sempat aku tengok. Habis jam 12. Now, masa untuk tidur.

Bye...



1 comment:

  1. muni tgok makan tadi tekun jugak..hujung2 tu ja sibuk sidai baju.hehe..

    aiman suka sangat lagi Faisal tahir assalamualaikum tu!mmg bestkan bertenaga persembahan pembukaan abp

    ReplyDelete