Assalamu'alaikum ♥ Checkup 4 Bulan Nur Ain Haziqah . Tanggal 23 April 2015, Ain checkup untuk 4 bulan. Takde injection... Cuma t...

Checkup 4 Bulan Nur Ain Haziqah

/
0 Comments


Assalamu'alaikum
Checkup 4 Bulan Nur Ain Haziqah.

Tanggal 23 April 2015, Ain checkup untuk 4 bulan. Takde injection... Cuma timbang berat je pun. Alhamdulillah... Perkembangan Nur Ain baik dan normal semuanya. Itulah dia kebaikan susu ibu kan?

Berat : 6kg
Tinggi : 61cm

Cumanya... Satu kejadian telah berlaku. Jam 2:30 petang gitu, Masuk je klinik Ain terus menangis... Pelbagai cara dah aku guna untuk pujuk dia... Pun tak menjadi. Cuak juak aku. Nasib baik klinik kampung... Nurse pun kenal aku. Kad dah hantar dah kad kaunter... Tak sempat bagitau dorang... Aku terus ajak encik hubby masuk kereta balik. Tukar baju Ain. Maybe dia tak selesa pakai romper. Still nangis walaupun Alia turut memujuk menggunakan mainan yang ada dalam kereta... Dah sudah. Mesti kes tak cukup tidur.



Actually, seharian dia tak tidur kat umah gara-gara jiran sebelah bising dengan mesin kayu. Dalam kereta pun... Still nangis. Balik rumah... Bukak baju, bagi dia menyusu baring... Barulah dia tidur. Huh! Menguji kesabaran betul.

Jam 4 petang gitu barulah ke klinik balik. Haha... Nurse dah tunggu dah. Last person kau. Nasib baik nurse yang handle aku kenal. Tak lama pun... Tak sampai 10 minit gitu dah balik.

Ain... Ain. Kekadang menguji kesabaran sungguh. Semoga Ain menjadi anak yang solehah.




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: