Assalamu'alaikum, hai ♥ Lama tak update blog. Sementara Alia dan Ain tidur. Teringin pulak nak berkongsi cerita di sini. Pertama ...

Selamat Sudah Menjalani Proses Berpantang

/
1 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Lama tak update blog. Sementara Alia dan Ain tidur. Teringin pulak nak berkongsi cerita di sini. Pertama sekali... Alhamdulillah, aku dah pun selesai menghadapi tempoh berpantang. Huhu... Lega rasanya. Insya Allah... Seperti Alia. Ain jugak akan diberi susu ibu sepenuhnya... Tapi, kali ni... Aku terpaksa beli pump susu dan dalam pantang lagi aku dah latih Ain menggunakan botol. Kalau Alia dulu... Aku tak kerja lagi... So, direct breastfeeding jelah kan. So far... So good. Ain dah boleh guna botol dah. Hoyehhh!

Sepanjang berpantang... So far, takde problem sangat. Cumanya aku menghadapi sembelit. Fuh! Part paling aku tak suka. Nak tak nak kena jugak hadapi. Pada aku... Lebih sakit daripada rasa nak bersalin. Haha...

Nur Ain Haziqah
Ain pulak... Hurmmm. Ada masa behave. Ada masa merengek memanjang. Sabar jelah wahai hati. Kalau tak nak susah, jangan beranak... Bak kata mak. Haha...

Berat Ain sebulan dah pun mencapai 4kg. Alhamdulillah. Semoga Ain terus sihat dengan cergas hendaknya. Amin...


Sepanjang ada Ain... Alia dah mula tidur dengan nenek dia. Start first day berpantang lagi... Cumanya aku sian tengok dia berpisah tidur dengan aku... Tapi, dia suka lagi ada. Sebab mak aku suka manjakan dia. Tu lah semakin manja dibuatnya. Walaupun manja boleh jugak tolong aku tengokkan Ain... Mintak tolong ambikkan pampers adik dia. Alhamdulillah... Tak sangka ringan tulang jugak orangnya.




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. Biasalah fiza.dh namanya baby,klu ada benda tak kena meragamlah dia.making bambam baby ain.oak Alia good kakak..meeting syg sgt dekat adik ain.

    ReplyDelete