Back to Top

12 December 2014

Tablet Buat Alia



Assalamu'alaikum, hai
Pada yang pergi kerja pagi ni... Selamat bertugas aku ucapkan. Semoga perjalanan kehidupan hari ini lebih baik daripada hari semalam. Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang Allah berikan untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita di ruang yang aku sendiri cipta di sini.



Alhamdulillah... Rezeki Alia. Baru-baru ni hubby belikan dia tablet yang hanya berharga RM100++... Dah lama sebenarnya kami berdua berhajat nak beli... Cuma ditangguhkan buat sementara... Semuanya dek kerana melihat perkembangan Alia bagaimana.

Alhamdulillah... Berkat dididik dari kecil, Alia cukup berdisiplin untuk menggunakan gadget. Dia akan guna bila kita bagi. Kalau tak, lansung tak tanya... Kalau tanya pun, aku akan terangkan bahawa dalam satu hari hanya ada masa tertentu saja boleh guna. Niat aku bukan untuk mengongkong atau mendera. Jauh di sudut hati... Perasaan itu lansung tak wujud... Yang ada cuma ingin mendidik dia supaya menjadi seorang yang berdisiplin.

Dalam tablet tu pun, hanya video pembelajaran sahaja yang ada. Alhamdulillah... Sejak dari menggunakan mini samsung galaxy yang kecik sampailah sekarang memiliki tablet sendiri... Alia dah hafal 1 hingga 10 dan mampu nyanyikan huruf A sampai Z... Walaupun sedikit pelat. Begitu juga dengan Alif Ba Ta... Walaupun kejayaan itu cuma sedikit, namun bermakna buat aku dan hubby.

Bukan mudah nak mendidik anak sebenarnya. Masih banyak benda yang perlu aku dan hubby pelajari. Moga-moga ia memberi kebahagiaan yang hakiki buat kami. Amin...

Semoga Alia menjadi anak yang bijak lagi solehah...


1 comment: