Assalamu'alaikum, hai ♥ Hari Isnin menjelma lagi. Harini dah 15 Disember 2014. Tak lama lagi Alia akan dapat adik. Sementara menu...

Berapa Kerapkah Bayi Baru Lahir Menyusu Dalam Sehari?

/
1 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Hari Isnin menjelma lagi. Harini dah 15 Disember 2014. Tak lama lagi Alia akan dapat adik. Sementara menunggu hari kelahiran orang baru... Seperti biasa... Rutin aku sekarang ni melayan karenah Alia sambil membaca buku hasil tulisan Doktor Carol Cooper berjudul soal jawab bayi dan kanak-kanak.

Sumber daripada google image
Berdasarkan pengalaman aku melahirkan Alia dulu. Sehari selepas bersalin. Barulah Alia mendapat khasiat susu ibu. Tu pun setelah mak menyatakan petua untuk cepatkan susu keluar. Kaedahnya mudah je. Potong limau nipis then sapu dengan sedikit kapur. Setelah tu sapu di bahagian buah dada dengan membaca selawat sebanyak 3 kali. Insya Allah, selang sejam... Baby dah boleh hisap susu directly.

Bercakap tentang kekerapan bayi menyusu dalam sehari pulak... Pada aku ia bergantung kepada permintaan. Nampak je Alia main bibir... Atau kelihatan gelisah... Before dia nangis. Aku dah siap bagi dia menyusu. Tapi... Biasanya selang 2 jamlah... Sebab menurut doktor Carol Cooper... Bayi akan kenyang hanya dalam 2 jam. Then... Mula menunjukkan reaksi untuk menyusu semula selepas dua atau tiga jam.

Begitulah sedikit info tentang penyusuan bayi hasil daripada pengalaman dan jugak bacaan.




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. ooo macam tu petuanya...baru tau...adehh, dah terlewat pulak sedikit... he he he...

    ReplyDelete