Assalamu'alaikum, hai... This week, kandunganku dah mencecah minggu ke-35. Nampaknya... Masa aku semakin hampir untuk menemui min...

Kepenatan Kian Terasa

/
3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
This week, kandunganku dah mencecah minggu ke-35. Nampaknya... Masa aku semakin hampir untuk menemui minggu-minggu bersalin. apa-apa pun, semoga semuanya dipermudahkan. Persiapan untuk menyambut orang baru pun... Alhamdulillah... Hampir lengkap.

Sumber daripada google image
Namun, sejak kebelakangan ni... Aku sering berasa penat, padahal di office bukan ada kerja berat pun nak kena buat. Kerja aku cuma kemaskini website dan jugak urusan pentadbiran. 

Entahlah! Maybe aku banyak sangat duduk kot... Tu yang rasa penat. Perut rasa 'terpadat'... Membuatkan aku rasa tak selesa. Tidur malam pun kemain awal lagi. Lepas tu... Nak bangun kemain payah. Pinggang sakit tak payah ceritalah. Rasa penatnya huh... Allah sahaja yang tahu.

Esok... 20 November 2014, sekali lagi aku akan ke klinik untuk buat pemeriksaan kehamilan. Rasanya start 1 Disember nanti, every week aku akan ke klinik. Biasalah... Di penghujung kehamilan, pasti kekerapan pemeriksaan tu berganda. Walaupun penat, nak tak nak... Kena pergi jugak. Ye tak?

Kepenatan tu kian terasa... Kekadang tu, sian pulak aku dengan hubby... Selalu menjadi tempat aku melontar perasaan marah dek kerana penat. Namun, aku bersyukur sangat-sangat... Punyai seorang suami yang cukup memahami aku. Tahu nak ambik hati aku bila aku cepat merajuk atau marah. Huhu... Tetiba rasa terharu.

Entahlah! Pregnant kali ni aku sering berasa penat. Yelah! Masa pregnant Alia dulu... Aku mana ada kerja. Duduk rumah, goyang kaki je. Lainlah kali ni... Bekerja... Tambahan ulang-alik dari rumah ambik masa 45 minit. Lenguh jugak duduk lama-lama dalam kereta.

Haha... Panjang pulak keluhan mak buyong kali ni yer. diharap bersabar pada yang sudi baca entry aku. Actually, aku tengah buat buku program minggu suai kenal pelajar. Sakit punggung punya pasal, tetiba berdiri... Lalu capai handphone... Menaip sambil print kerja. Wah! Rajin betoi. Tu pun nak habaq... Apa-apa pun... Selamat bekerja pada yang bekerja harini.




ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. tak lama dah.. insyaAllah.
    bb yang bakal lahir akan menghilangkan semua ketidakselesaan itu kan.

    Take care Fiza~

    ReplyDelete
  2. pahala besar org mengandung ni fiza,so kena la bertabah..tak lama lagi je baby nak keluar..semoga dipermudahkan..:)

    ReplyDelete
  3. pahala besar org mengandung ni fiza,so kena la bertabah..tak lama lagi je baby nak keluar..semoga dipermudahkan..:)

    ReplyDelete