Assalamu'alaikum, hai ♥ Alhamdulillah... Alia semakin berakal. Malah ringan tulang untuk membantu aku. But... Bukan kerja-kerja b...

Dia Mengetahui Fungsi Benda?

/
3 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Alia semakin berakal. Malah ringan tulang untuk membantu aku. But... Bukan kerja-kerja berat ok. Kerja-kerja mudah je pun. Bukan nak dera atau apa. Tapi... Sekadar untuk melatih Alia supaya dia boleh berdikari. 


Tengok jelah apa dia buat. Tanpa diminta atau disuruh... Dia akan tolong aku aturkan penyedal pintu... Terutamanya time aku membawa barang ke bilik. Beria dia buat. Hehe... Lucu pun ada. Nampak sungguh dia tahu akan fungsi penyedal tu. Mungkin dah terbiasa tengok aku dan hubby buat. That why... Dia pun tahu, apakah kegunaan penyedal pintu tersebut.

Aku pernah terbaca dalam buku soal jawab bayi dan kanak-kanak, hasil karya Dr. Carol Cooper... Di mana kanak-kanak berusia di antara 2 tahun ke 3 tahun akan mengetahui fungsi sesuatu barang atau benda di sekeliling mereka... Dan ternyata fakta Dr. Carol Cooper ada benarnya... Pabila aku melihat ia ada pada Alia right now...

Actually... Aku nak buat sikit kerja dalam bilik. Dia pulak nak tengok tv... Aku cakap kat Alia jangan tutup pintu. Terus secara spontan dia ambik penyedal pintu. Apalagi... Emaknya yang pantang tengok gelagat Alia terus tangkap gambar. Haha... Sabar jelah. Cumanya... Sejak akhir-akhir ni aku jarang update tentang dia.

Tapi... Itu tak bermakna takde cerita tentang dia. Cumanya idea takde. Hehe...

Okeh... Chau dulu... Nak tengok Final AF 2014. Siapalah juara AF 2014 malam ni yer?... Kalau tanya aku... Pastinya aku pilih Nuha sebagai Juara Akademi Fantasia 2014. Tapi... Apa-apa pun... Jom layan.





ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. nak tanya.. puan ni macam kawan saya sama mengajar PLKN di Sibu dulu dulu..2004 Kem Binamas Ssibu.. takut salah org.. kalau salah sorry ekkk.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abdullah Eton : patut kmk mcm kenal ktk. Kita pernah jadi mc malam kebudayaan plkn di bumimas, sibu bersama nak sik silap kmk. Time ya kita jadi jurulatih cb sama2. Betul sik?

      Delete