Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Rezeki Allah nak bagi. Semalam... dapat pulak surat panggilan exam PPTM gred F29 untuk 8 Mac 2014 nanti. 

contoh soalan exam PPTM 2014, Exam PPTM 2014,

Untuk PPTM ni... Nilah first time aku dapat. Entah! Macam mana bentuk soalan peperiksaan PPTM pun aku tak tahu. Daripada apa yang aku google, rata-rata mereka yang pernah menduduki exam tersebut kata... Seksyen A ada 40 soalan berkaitan pengetahuan am tentang isu semasa yang terkini. Contoh la ek... Tan Sri Adenan Haji Satem merupakan Ketua Menteri Sarawak yang ke berapa? Lebih kurang gitulah gaya soalannya kot.

Kemudian... Untuk seksyen B pulak mengenai daya menyelesaikan masalah. Kalau dulu aku mtest... Dan exam PTM, bahagian ni kebiasaannya soalan matematik dan juga soalan berunsurkan situasi dan permasalahan. Bersedialah untuk mengira... Huhu.

Part last sekali mengenai penaksiran personaliti. Kalau ikut mtest dulu... Bahagian ni ada dua jawapan je. BETUL atau SALAH. Tips kawan aku bagi... Nak jawap part ni. Jawapan kenalah positif. Mesti banyak soalannya nanti kan.

Ada banyak masa lagi untuk belajar. Pada yang dapat exam ni jugak good luck yer. 

Have a nice day :)