Back to Top

05 February 2014

Ketakutan Seorang Ibu?



Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Bersyukur kepada Allah kerana terus memberi peluang bernafas di bumi Allah. 

Semalam... Tengok tak berita pasal budak perempuan 10 tahun... Di rogol di kawasan pembuangan sampah. Ya Allah... Saban hari kita mendengar kes melibatkan kanak-kanak. Kalau tak kena bunuh... Kena dera dengan pengasuh... Lagi dasyat ada ibubapa tu sanggup bunuh anak sendiri. Adakah itu petanda akhir zaman? Wallahu'alam...

Bila dengar cerita sebegini... Aku pasti sebak. Kenapa ek kejam sangat. Bila dah bergelar ibu ni... Baru aku tahu bagaimana perasaan seorang ibu menjaga anak-anak mereka... Nak-nak anak perempuan. 

Bila dengar cerita pelik-pelik pasal budak. Aku jadi takut... Bagaimanalah Alia dah start sekolah nanti... Dari awal dah plan. Nak hantar Alia ke sekolah cina. Tapi... Ada pulak terfikir dan rancang... Baik Alia bersekolah di tempat ayahnya mengajar. Senang... Boleh balik sama-sama.

Risaunya bila dengar cerita sebegini. Namun... Aku ingat lagi pesan mak. Banyak-banyaklah berdoa untuk keselamatan keluarga. Insya Allah... Allah sentiasa bersama kita.


7 comments:

  1. smga kita, anak2 kita sentiasa dilindungi..entah apalah dosa mereka smpai manusia kejam sgt..

    ReplyDelete
  2. mmg risau Fiza... lagi2 zaman skrg ni.. hati manusia yg kejam sanggup merogol budak2 bawah umur.. apa lah yg mereka tau!! sakit je hati bila baca kat paper atau keluar news2 mcm tu kat social network!

    ReplyDelete
  3. Zura pon risau bila baca2 cerita cam tuh. sebab zura jugak punya anak pompuan. huhuhuhu.

    segentir manusia skrg dh x de rasa belas kasihan kan. huhuhu.

    ReplyDelete
  4. betul tu ..sekarang ni duduk dirumah sendiri pun dah tak selamat bagi kanak2 ...

    kalau ikut undang2 kat sweeden baru tahu camne kot...

    ReplyDelete
  5. Adui..mcm2 perkara skrg ni...takut & risau.. mmg dunia dah akhir zaman.. byk kan berdoa moga keluarga kita sntiasa di lindungi Allah..:)

    ReplyDelete
  6. menjadi2 plak cerita pasal rogol budak ni..geram je muni..Insyaallah sentiasa doa semoga anak kita dipelihara

    ReplyDelete
  7. Ermm tak tahu apa nak kata...org skrg kerana 50 hinggit pun sanggup berbunuhan ;(

    ReplyDelete