Back to Top

11 February 2014

Apam Balik Versi Sendiri



Assalamu'alaikum, hai...
Lepas subuh terus ke dapur. Dek kerana keinginan yang teramat sangat. Aku terus bancuh tepung nak buat apam balik paling mudah aku kira. Resepi mak aku. Cuma aku lupa-lupa ingat bahannya. Tapi yang pasti tak silap punyalah. Haha...

Dah siap! Taraa...


Nak buat apam balik mudah gaya aku ni. Bahan-bahan confirm semua rumah pasti ada. Cuma kacang jelah... Jarang nak ada... Betul tak? Bahannya hanyalah 2 gelas tepung, 1 sudu teh baking powder, 1/2 sudu teh soda bikarbonat, 1/2 gelas gula, pewarna kuning, 1 1/2 gelas air dan 1 biji telur. Yang tu untuk kulit apam. Untuk inti pulak hanyalah gula, marjerin dan kacang yang dikisar kasar.

Cara membuatnya... Teramatlah mudah. Takde acuan apam balik. Aku guna kuali leper (pan) je. First thing first... Kisar gula dan tepung sehingga kembang. Kemudian, masukkan ke semua bahan yang lain. Dah siap... Panaskan kuali leper dengan api yang paling kecil. Then, dah panas oleskan kuali leper dengan marjerin dan masukkan sesenduk bancuhan tadi. Bila dah separa masak... Taburkan gula dan kacang di atasnya. Bila dah nampak kekuningan. Terus lipat. Mudah kan. Tapi... Aku buat nipis je. Tak suka tebal sangat. Cepat muak bila makan.

Sekian. Resepi sarapan mudah dari aku untuk pagi ni. Haha... Sabo jelah!


6 comments:

  1. Peberet sy ni Fiza, apam balik..klu gi pasar mlm msti beli.. nak buat sndiri lah nti, ikut resepi fiza ni..:)

    ReplyDelete
  2. Aduhaiiiii.. telan air liur zura tengok apam balik tuh. cuma nak tanya sikit, yang kisar gula dengan tepung tuh maksud nye ape yer?
    kisar dlm blender ke?
    hehehehehe.. tingin nak buat utk anak2 dan suami.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura : untuk inti kisar kacang dan gula berasingan ( kisar kasar tau)

      Untuk kulit dia...
      1. Kisar dulu 1/2 gelas gula dgn telur sampai kembang.

      2. Baru masuk tepung, soda bikarbonat, air, pewarna dan serbuk penaik. Pastu baru boleh start buat. Guna api paling kecil tau kalau nak apam balik yang cantik. Hehe...

      Delete
  3. Pandainya fiza buat. Nampak sedap. Fiza disini pandai salin resipi jer...hehehe...

    ReplyDelete
  4. OOOoo.. gula dengan telur.. sbb baca kt n3 Fiza gula dengan tepung. pastu pikir balik camner nak bg kembang gula n tepung. okeh! paham dh.. mekasih yer~

    ReplyDelete
  5. wah...bagusnya...nanti leh cuba ni..

    ReplyDelete