09 December 2013

Pengalaman Kepala Bayi Dalam Kandungan Masih Di Atas



Assalamu'alaikum, hai...


Bila malas nak blogwalking, aku akan bukak facebook. Lagipun... Dah lama tak bukak. Then... Terbaca status pasal hospital bersalin di mana sorang ibu mengandung mengajukan soalan... Dan soalannya adalah seperti berikut :-

Saya sudah 7 bulan, tapi scan kepala bayi masih di atas. Saya risau kalau bayi tidak pusing ke bawah. Perlukah saya berurut?

Bila melihat soalan tersebut. Tetiba rasa nak share pengalaman sendiri ketika pertama kali mengandungkan Alia, di mana aku juga menghadapi masalah yang sama... Iaitu kepala Alia still di atas even usia kandungan dah pun mencecah 7 bulan setelah dibuat imbasan.

Apa yang aku buat... Aku hanyalah mengikut pesanan doktor iaitu banyakkan komunikasi dengan bayi sekaligus pesan pada bayi agar berpusing, banyakkan rehat dan berdoa. Tu je yang aku amalkan. Alhamdulillah! Pada usia kandungan mencecah 8 bulan. Kepala Alia dah berpusing ke bawah.

Part berurut bagi pusing kepala bayi, doktor dah pesan awal-awal kepada aku, supaya jangan berurut. Risikonya tinggi if bidan yang kita ambik tak expert. Takut pulak aku dengar. Mak pun... Melarang aku untuk berurut sebab masa dia melahirkan adik bongsu aku dulu. Ada sorang ibu nak bersalin jugak. Sekali... Before deliver, doktor scan... Sebab before tu kepala anak dia di atas. Kemudian... Doktor kata anak dia patah. Mak kata... Satu bilik tu dengar doktor marah-marah kata tu la tak dengar nasihat doktor supaya jangan berurut. So... Tanggung la sendiri risiko anak cacat.

Huhu... Tu la yang aku takutkan dulu. Namun, alhamdulillah... Berkat doa. Akhirnya semua berjalan dengan lancar.


5 comments:

  1. officemate Farah ada masalah yang sama juga, then dia pergi ke Hospital Serdang, lepas tu doktor tolong pusingkan baby tu masa nak dekat dekat bersalin, kaedahnya tak pasti lah pula...tapi betul kena banyakkan komunikasi dengan baby dan berdoakan fiza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah : Tu la Fiza dulu pun doktor ada cakap. If still kepala Alia kat atas sampai kandungan mencecah 8 atau 9 bln. Dia suruh jumpa doktor pakar. Nanti doktor yg tolong pusingkan. Fiza just follow up jela masa tu. Takde pengalaman... Takut menguasai. So lurus bendul jelah redah ikut apa kata doktor.

      Delete
  2. Betul tu. Tak boleh suka suki urut. Scarynya kepala anak patah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza Rahman : Tu la... Benda serius gini mana boleh ambik ringan je. Apa2 pun... Sendiri akan tanggung.

      Delete
  3. walaupun xde pengalaman lagi..tetap rasa takut dgr cite camni..

    ReplyDelete