Assalamu'alaikum, hai... Tadi tengok promo cerekarama Sarah dan Hajar tv3. Malam ni ditayangkan jam 10 malam. Macam best... Darip...

Tonton Cerekarama Sarah Dan Hajar Malam Ni!!!

/
3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Tadi tengok promo cerekarama Sarah dan Hajar tv3. Malam ni ditayangkan jam 10 malam. Macam best... Daripada apa yang aku google. Sinopsis cerekarama Sarah dan hajar mengisahkan tentang Hajar terpaksa menjual butik pengantin setelah dia disahkan menghidap kanser saraf tahap empat. Berbekalkan baki hayat yang tinggal dua tahun itu, dia bertekad untuk terus hidup dengan bahagia, tanpa air mata. Hajar mula menulis nota yang terkandung perkara yang perlu dilakukan sebelum meninggal dunia. Sifat ceria Hajar di wad radiologi telah menyebabkannya menjalin hubungan baik dengan doktor Sarah. Antara yang menarik Sarah adalah nota Hajar yang ingin bernikah dengan mana-mana lelaki hanya dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.

Cerita Sarah dan Hajar ini dibintangi oleh Umie Aida, Amyza Aznan, Azhan Rani, Azma Aizal Yusoof, Tunku Hanis, Fikhree Bakar dan Noryati Taib di bawah arahan Azma Aizal Yusof. Dengan teraju yang hebat-hebat cerita kali ini dilihat menarik dengan jalan cerita yang diberi kelainan tersendiri.

Cerekarama ini diterbitkan oleh Zizie Izette yang juga seorang pelakon. Apa-apa pun selamat menonton... Hehe.





ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. Ooo pukul 10 jam... sempat lagi la nak tengok ni

    ReplyDelete
  2. alamak.. tak sempat tengok.. sekarang dah dekat pukul 12.00 malam..

    ReplyDelete
  3. nak tgk hari tu tapi tertdo awal..huhu..macam mana endingnya ek?

    ReplyDelete