Back to Top

24 November 2013

Blog Dan Kampung



Assalamu'alaikum, hai...
Sekarang ni macam malas pulak rasanya nak update blog. Lagipun... Kalau dah kat kampung, walaupun tak sibuk. Mood nak update blog memang ke laut. Kenapa ek?

Biasanya kalau dah namanya kat kampung. Idea nak karang cerita pun kurang even banyak sebenarnya cerita yang boleh dikongsikan. Betul tak?

Contohnya pagi tadi... Sedang mak aku dok sibuk cari scarf biru dia. Si Alia pulak... Awal-awal dah rembat letak kat kepala sekali dengan cermin mata. Bergaya tak? Haha... Gambar ni... Anjang dia yang snap. Menyempat jugak!!! 


Lagi satu... Sebelum terlupa. Nak share jugak pasal buah dabai. Before ni pernah sebut dalam entri aku bertajuk Mahal atau Murah?


Ni lah dia buah dabai. Buah eksotik di Sarawak... Yang aku kira antara buah paling sedap yang terkenal di Sarawak. Buah lemak berkrim ni bermusim tau. Dan... Sekarang kebetulan musim dabai di Sarawak. Alhamdulillah... Semalam tertunai jugak hajat nak merasa. Walaupun segelas RM5. Tetap jugak nak beli. Yang penting... Dapat merasa. Hehe...


11 comments:

  1. Tak pernah makan buah nie ;) , comel nyenyak dia pakai serkop opah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adyna : thanks yer kerana sudi singgah. Hehe... Sedap tau buah ni.

      Delete
  2. Ida biasa dengar nama buah ni tapi tak pernah makan

    ReplyDelete
  3. first time nampak buah ni..g sarawak nnt, kte g carik ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maya Omar : Pergi Sarawak nanti roger2. Nanti boleh jumpa. Hehe...

      Delete
  4. buah dabai?tak pernah rasa..baru juga tahu ni..mesti sedap kan..

    alia comel sgt pakai skarf nenek..dia pakai style punya dh macam snow cap

    ReplyDelete
  5. Ni dah update..kiranya ada juga idea kan? hehe...
    comellnya alia lagu tu....
    buah dabai?? baru tau plak...:)

    ReplyDelete
  6. Ooohhh.. inilah buah Dabai.
    tak pernah tengok pon. apalagi makan~ huhuhuhu

    atas buah dabai tuh tabur garam kah? ke gula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafira usof : Oh! Lupa nak bagitau. Buah dabai ni sedap makan cicah garam atau kicap je.

      Lagi sedap buh dalam nasi goreng :)

      Delete
  7. teringin nak makan.. selalu baca entri rakan blogger sarawak bercerita mengenai buah ni..

    ReplyDelete
  8. homey je die..mcm2 ragam dah skrg.
    Pernah dengar buah dabai tapi tak pernah makan lagi..kalau pulang kg mmg xsmpat update...busy

    ReplyDelete