Assalamu'alaikum, hai... Habis penghujung bulan Oktober. Dua minggu lepas tu... Budak akan cuti sekolah. Biasanya... Kalau cuti p...

Budak Sekarang Tak Tahu Ke Mengenainya?

/
0 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Habis penghujung bulan Oktober. Dua minggu lepas tu... Budak akan cuti sekolah. Biasanya... Kalau cuti panjang anak-anak buat apa?

Tetiba aku teringat zaman sekolah rendah aku dulu. Cuti panjang memang ditunggu. Biasanya cuti panjang... Jangan harap ler aku nak hadap buku. Hadap tv nombor satu. Kalau tak tengok tv... Mesti main masak-masak dengan kawan-kawan sebaya. Siaplah tin bekas sardin jadi periuk untuk memasak. Dan lagi bahaya... Siap curi-curi ambik mancis kat dapur... Yang dimasak pulak rumput kononnya sayur. Tanah pulak kononnya buat kuih. Hikhik... Best kan masa tu. Even main masak-masak tak macam budak sekarang... Siap beli one set memasak patung Barbie untuk main masak-masak.

Kalau tak main masak-masak. Main belakang rumah. Carik buluh untuk buat layang-layang. Dulu... Masa kecik-kecik suka sangat bermain dengan budak lelaki. Akrab habis.

Jemu main layang-layang. Main guli pulak. Habis main guli... Beli gelang getah... Buat lastik. Sian... Burung hinggap di dahan... Confirm! Jadi mangsa.

Bila nak main tembak menembak. Buat pulak pistol guna lalang. Peluru nak cekau dari mana... Hehe. Bijak sungguh masa tu ek. Siap rendam kertas lagi. Bila kembang. Gentelkan jadi bulat... Dah siap jadi peluru. Aku tak taula pulak nama permainan ni.

Bila lawan. Kawan kena tembak, dah kalah. Selalunya akulah jadi mangsa kena tembak sebab tak kuat berlari. Haha... Seronoknya zaman kanak-kanak. Tak fikir pun masalah negara. Sebaliknya main memanjang.

Tak macam budak sekarang. Dah macam anti sosial dah aku tengok bila gajet tumbuh melata. Asyik melekat dengan game di handphone.

Sekarang bila balik kampung susahla nak tengok budak main layang-layang, guli mahupun lastik. Adakah mereka lupa akannya? Atau tak menarik minat?

Memang pun tak menarik... Aku pun... Kalau berada di zaman sekarang. Entah- entah sama macam budak sekarang. Pegang handphone memanjang. Haha... Tak boleh jugak kita nak salahkan... Kan! 

Lagipun... Zaman dah berubah.




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: