Assalamu'alaikum ♥, Memandangkan aku banyak sangat-sangat masa terluang. Baik buat keja berfaedah. Tu pun... Kalau Alia ada mood....

Mengajar Anak Mengenali Objek Dengan Seronok

/
2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Memandangkan aku banyak sangat-sangat masa terluang. Baik buat keja berfaedah. Tu pun... Kalau Alia ada mood. Biasa budak... Mood pasang surut macam air di laut. 

Ok! Biasanya untuk mengajar budak usia setahun 6 bulan seperti Alia, untuk mengenali objek. Bukannya mudah. Perlukan kesabaran yang menggunung tinggi. Setinggi gunung everest. Tak sabar... Tak kan berjaya punya. Aku percaya...


So... Biasanya aku akan kumpulkan beberapa objek yang ada di sekeliling Alia. Limit 5 objeklah satu hari. Then... Masukkan dalam box.  Seterusnya. Main soal dan jawab. Aku akan tanya. Contohlah ek. "Mana bola sayang?", "Mana jam Alia?" dan sebagainya. Dan mintak dia ambikkan. If salah... Perbetulkan dengan kadar segera. 

Aku jugak banyak main sorok dan cari. Sorok bola sebagai contohnya... Dan Alia akan cari. Seronok tengok Alia terkial-kial mencari. Hikhik... Bukan takat time free je aku buat gitu .Time mandi pun sempat main sorok dan cari. Contohnya... Carik shower dan syampu. Right now... Alia dah tau dah mana satu botol shower... Dan mana satu botol syampu. Alhamdulillah! 

Betul la kata bijak pandai... Ilmu untuk kita belajar sangat-sangat luas dan tiada sekatan. Cuma kita saje suka sangat mencari alasan dan tak nak mempelbagaikannya cara mengajar anak agar lebih seronok. Namun... Masih banyak lagi ilmu yang perlu aku tuntut untuk mendidik Alia. Semoga aku mampu mendidik Alia menjadi anak yang solehah lagi bijak. InsyaAllah!

Nota : Alhamdulillah! Dalam usia setahun 6 bulan. Banyak objek telah Alia kenali dengan tahap yang memuaskan.




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. Seronokkan bila anak cpt blaja dan knl objek dlm usia yg kcik..mcm comel2 je

    ReplyDelete
  2. Waaa, seronoknya dgr cara akk didik alia.. :)

    ReplyDelete