10 August 2013

Laksa Sarawak Senang Nak Buat



Assalamu'alaikum ♥,
Pepagi lagi dah teringin nak makan laksa Sarawak sebenarnya. Tapi... Belah petang baru berkesempatan buat. Almaklumlah... Tetamu ramai yang datang. 


Laksa Sarawak koboi je aku buat. Beli perencah segera dari kedai then... Masukkan perencah dalam air. Rebus dan tapis. Kemudian... Setelah ditapis. Campurkan sedikit santan, susu cair dan sedikit kicap cair. Kemudian... Tunggu sehingga masak. Kalau tak masin. Pandai-pandai ler tambah garam ikut selera sendiri. Dah siap untuk kuah.

Mee pulak... Terpulang. Aku guna bihun. Tambahan lain seperti udang, ayam pun boleh. Dah namanya koboi. Dasar malas. Aku letak tauge celur dan telur rebus je. Lagi satu... Limau wajib ado ^_<. Kalau tak... Tak ummmppph!. Pandailah... Ingat chef nak kasi peringatan bagai. Haha...

Siap... 7 orang makan. 1 bungkus bihun je aku buat. Licinnnn....

Alhamdulillah... Rezeki juadah makan malam kami untuk hari raya ke-3.




No comments:

Post a Comment