Back to Top

23 August 2013

Cara Mudah Tanam Tauge Sendiri



Assalamu'alaikum ♥,
Actually... Kami 3 beranak penggemar sayur tauge. Lagi-lagi ayahnya. Suka sangat makan sayur tauge. Dulu-dulu masa aku kecik-kecik... Mak tanam sendiri sayur tauge dalam rumah untuk dijual. Satu hari sampai 30 hinggit mak dapat.

Nak dijadikan cerita. Masa balik cuti raya sempat jugak aku menuntut ilmu cara untuk menanam tauge paling mudah. Tak susah rupanya ^_^.

So... Semalam bermulalah misi aku menanam tauge sendiri. Misilah sangat... Hikhik. First thing yang kita kena buat. Cuci kacang hijau seberapa banyak yang kita nak. Then... Rendam selama 12 jam. Kira setengah harilah. Nampak! Dah start nak bercambah.


Kemudian... Tabur di atas towel basah ( pastikan towel baru okeh! ) di dalam bekas. Tutup atas dengan plastik color hitam. Bagi ruang sikit... Dan letakkan di tempat yang gelap. Renjis dengan air setiap 6 jam.


Taraa... Ni dia half day hari pertama. Mula menunjukkan progress yang cantik. Harap-harap menjadilah yer... 


Nanti aku update... Progress untuk second day. Sekurang-kurangnya 3 hari baru boleh dituai. Hikhik...


4 comments:

  1. wah menarik ni..tanam taugeh sendiri..hehe

    ReplyDelete
  2. muni sekeluarga pun suka sayur tauge..tak tahu pulak tauge ni asal dari kacang hijau ye.macam ssh je nk kena siram2 beli je singgit byk apa dpt.hakhak

    menarik kan. tanam sendiri ni best, fresh..pastu takdenya diletak bahan kimia

    ReplyDelete
  3. memang senang sangat tanam tauge ni, sampai tak terbuat haha

    Oh sedapnya tauge gorenggg.. (nak makan selalu kalu, knalah gigih tanam taugeh sendiri kann)

    ReplyDelete