Back to Top

07 August 2013

Beraya Di Rumah Mak Mertua



Assalamu'alaikum ♥,
Semalam adalah hari kepenatan untuk kami 3 beranak. Misi balik bandar Kuching. Beraya di rumah mak mertua di Samarahan. Tahun ni giliran rumah mak mertua.

Jam 12:30 tengahari baru gerak dari rumah mak aku di kampung Spaoh, Betong. Nasib baik tak panas sangat. Mendung je sepanjang jalan. Tapi jalan mulai sesak. Orang kota balik kampung. Haha... Kami bertiga pulak balik bandar. Apa kes? Apa boleh buat siapa suruh gatal bersuamikan orang bandar... Terima jelah hakikatnya ye :).

Sekitar jam 5:40 petang sampailah ke bandar Kuching. Tak balik rumah dulu... Terus pergi shopping. Singgah di Kuching Sentral. Hubby ajak beli baju aku. Sebab takut tak sempat nanti... Dapat baju terus balik. Konon nak berbuka di rumah. Sekali jalan sesak. Berbuka dalam kereta jelah...

Tengok!


Muka budak kecik mengalahkan orang berbuka dia makan. Pantang tengok makanan. Mesti mulut becok mintak makanan. Sepanjang jalan makan je keja dia haa...

Sampai rumah... Nanti aku update. Hikhik...


No comments:

Post a Comment