29 July 2013

Alia Tidur Siang Agak Lama



Assalamu'alaikum ♥,
Habis exam haritu... Aku dan Alia terus stay di kampung. Hubby pulak balik Belaga. Ada 5 hari lagi berbaki waktu persekolahan before cuti kan. Walaupun malas kata hubby. Terpaksa balik jugak demi tugas.


Semenjak di kampung... Bukan selera makan je. Alia bertambah-tambah. Tidur siang pun lama. Sampai 3 jam lebih tidur. Apalagi... Bila anak tidur siang agak lama... Aku dan mak pulun buat kuih raya. Kalau tak takde maknanya nak buat popia ikat semalam kalau dia tak tidur. Confirm! Tumpang sekaki. Kalau tolong takpe jugak. Ni... Tolong mengacau adalah. 

Maybe... Suasana kampung yang masih agak sunyi kot. Tak ramai lagi yang balik kampung. Tu yang Alia syokkk tidur tu. Cakap pasal sunyi. Kalau kat bandar sekarang. Memang sesak. Orang shopping raya. Nasib baik baju raya Alia dan hubby dah ada aku beli. Baju aku pulak belum lagi. Maybe masa balik beraya rumah mak mertua di Kuching kot baru beli. Biasanya aku rembat kat butik Almas je baju. Dengar citer sekarang ada sales di butik Almas. Harap-harap ada yang berkenan di hati nanti ^_^


No comments:

Post a Comment