Assalamu'alaikum... Kisah semalam... Minum petang sambil menonton Iman Nabila . Sebab ada pisang masih berbaki. Aku mintak tolong...

Lempeng Pisang Buat Minum Petang

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...
Kisah semalam... Minum petang sambil menonton Iman Nabila. Sebab ada pisang masih berbaki. Aku mintak tolong en. Hubby belikan kelapa tua. Konon nak buat lempeng pisang. Syukur... Akhirnya menjadi. Hehe...


Sedap jugak minum dengan kopi. Nak resepi lempeng pisang tak seberapa ni... Meh! Salin yang ni ( *** ada ke yang nak salin resepi simple giler ni... Perasan tak sudah ).

Kalau adalah ek!

Bahan untuk lempeng pisangku :-

  • 6 biji pisang 
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan kelapa diparut
  • Garam dan mentega
Cara membuatnya :-
  • Lenyek pisang sampai halus.
  • Masukkan gula, garam dan kelapa parut.
  • Tambahkan tepung dan gaul hingga sebati.
  • Lepas tu... sapukan kuali yang dah panas dengan sedikit mentega.
  • Masukkan sesenduk adunan dan ratakan ke dalam kuali. Balikkan sehingga masak.
Dah siap untuk di makan... Haha. Alia pun tumpang sekaki ^_*. Alia sekarang kemain lagi. Apa yang kita makan... Dia pun nak makan jugak. Sabo jelah.





ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: